Lirik Lagu 'Ya Ramadhan' Nyanyian Encik Mimpi

Lirik Lagu 'Ya Ramadhan' Nyanyian Encik Mimpi

Lirik Lagu 'Ya Ramadhan' Nyanyian Encik Mimpi || Hampir setiap hari Nona cerita pasal makanan. So harini nak selitkan satu lirik Lagu terbaru daripada Encik Mimpi sempena bulan Ramadan. Dah lama tak dengar nyanyiannya kan cuma last year viral semula lagu 'Haruman Terindah' ciptaan oleh Encik Mimpi. Kalini, encik Mimpi sendiri turun menyanyikan sebuah lagu barunya yang berkaitan bulam Ramadan. Jom hayati bait bait lirik Lagu 'Ya Ramadhan' Nyanyian Encik Mimpi. Syahdu Terasa menusuk kalbu! 

Lirik yang bagus. Terdapat doa diselitkan. Ya, aku suka sebab Muzik pun tenang aje. Tapi yang lucunya bila baca Komen, dorang set brightness paling Tinggi pun Masih tak Nampak jelas muka Encik Mimpi ni. Haha.. Ye, dalam lagu ni, encik Mimpi bukak topeng mukanya tapi setakat gambar macamtu aje la. Hehe.. Sila tengok klip videonya ye 😁 

Encik Mimpi

Tajuk Lagu : Ya Ramadhan
Artis : Encik Mimpi
Lirik & Lagu : Encik Mimpi

Ku sedar diriku hanya insan lemah
Selalu terhanyut selalu terleka
Oh Tuhan yang satu tolong tunjukkanlah
Jauhkan ku dari lorong kesesatan dunia

Di bulan yang mulia, suatu anugerah
Yang Kau hadiahkan sebuah lambang cinta
Kepada hamba-Mu yang zahirnya lemah
Ramadhan, bawalah aku jalan tuk ke syurga

Chorus:
Ya Ramadhan peliharaku dari pujuk nafsu dunia
Tetapkan imanku , pancarkan cahaya mulia
Sucikan diriku dari redup dosa-dosa

Ya Ramadhan, jagakan aku dari fitnah dusta dunia
Bersihkan jiwa ku, didik ku ibadah bersama
Moga kan sempurna bekalan untuk ke sana

Ya Allah ampunkan aku
Ampunkan juga semua dosa ibubapaku 
Ampunkan kami semua

Chorus:
Ya Ramadhan peliharaku dari pujuk nafsu dunia
Tetapkan imanku , pancarkan cahaya mulia
Sucikan diriku dari redup dosa-dosa

Ya Ramadhan, jagakan aku dari fitnah dusta dunia
Bersihkan jiwa ku, didik ku ibadah bersama
Moga kan sempurna bekalan untuk ke sana..

Nah, link You Tube Muzik Video Lagu 'Ya Ramadhan' Nyanyian Encik Mimpi. 


Nota kaki: Semoga nafsu shopping dapat dikawal bulan ni...



Post a Comment

3 Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .