Syoknya Beriftar di Lotus Desaru Beach Resort & Spa || Berbuka Puasa di tepi laut merupakan antara perkara yang mengasyikkan. Bila angin sepoi sepoi lembut menyapu muka, terdengar desiran ombak, Dan view lautan luas terbentang di depan mata... Aaa..love that vibes lah! Apa kata, Tahun 2024 ni korang cuba berbuka puasa di tepi laut pulak. Rasai sendiri pengalaman beriftar di Lotus Desaru Beach Resort & Spa.
Harganya murah, berbaloi baloi dengan kuantiti Dan keenakan menunya. Ye, MURAH. Bufet Ramadan murah di sini! Serious, haritu bawak kawan datang Preview, and dia pun puji keenakan hidangan kat sini tau! Pelbagai lauk pauk yang disajikan mostly sedap!
Luas. Tempat berbuka Puasa yang selesa, Dan bersih.
Grilled Lamb with Mushroom Soup
Semua lauk pauk boleh dimakan bersama sama nasi Putih atau nasi Minyak. Menu seperti sayur sayuran, telur goreng bawang, ikan, ayam Dan lain lain pun ada kat sana sewaktu berbuka Puasa.
Roti Bom Dan Roti Canai! Itulah sebabnya aku rasa unik sebab selalunya jumpa Murtabak atau roti John jer.. Hihi..
Ikan Bakar Dan Kambing golek sedia menanti.
Credit pic: Kak Eda. (Boleh aku terlupa sebab excited nak Makan dahhh) 😄
This kambing golek was so juicy! Member pun suka! Ngamm dengan tekak kita orang. Rata rata pun cakap sedap lah!
Berdekatan dengan ikan Bakar Dan Kambing golek, terdapat Mee Kari. Mee Kari kat sana memang surrr! MUST TRY! Kalau nak mulakan dengan Bubur Lambuk pun boleh sebab Bubur Lambuk kat sini tidak mengecewakan! Ngamm tekak! And then ada Kerabu, Dan Ulam ulaman yang memikat selera.
Aku tertarik dengan aiskrim dalamni. Selalu jumpa yang tidak bertopping tapi kat sini menarik perhatian betul! Hehe.. Menggiurkan! And then selain aiskrim, ada jugak stall buat Ais Kacang atau ABC. Barulah lagi best!
Segala dessert seperti kek, Dan kuih muih turut terhidang sebagai Sajian berbuka Puasa.. Alhamdulillah, confirm sedap Dan memuaskan hati bila beriftar kat sini 😍 Lepas Makan, boleh enjoy angin malam pulak.
Haha.. Lagi syok kalau datang Dan tidur sekali kat sini... Wow kan! Dorang ada promo Tau bagi korang yang nak stay time bulan Ramadan Nanti!!
Sebelum Makan, selfie dulu kat tepi ni...Syoknya bila angin sepoi sepoi menyapu muka! Haha.. Healing sekali kau! 😁
Syoknya Beriftar kat Lotus Desaru Beach & Resort ni! The vibes tu, bukan selalu dapat lagi lagi Macam aku yang jauh Dari Dunia laut Dan pantai 😄 Secara keseluruhannya, tempat ni memang suggested sangat! Jangan lepaskan peluang berbuka Puasa sambil ditemani desiran ombak Dan angin sepoi sepoi Dari tepi laut! Okayh!? Kasik jadiklah, iftar 2024 kat sini! Huhu~ Gambar menu yang menyelerakan di Facebook Nona ye.
☪️ Buffet Ramadan Lotus Desaru Beach Resort & Spa
TARIKH: 12 Mac - 9 April 2024
MASA: Jam 6.30 PM- 9.30.PM
TEMPAT: SEAVIEW HALL, KOTUS DESARU BEACH RESORT & SPA
INFO:
✅ Surau disediakan (berhampiran je dengan Hall)
✅ Parking Luas
Harga Voucher
☪️ RM78 nett dewasa
☪️ RM38 nett kanak-kanak
💥 10% diskaun untuk tempahan 20 pax DAN keatas
Untuk Pertanyaan atau Tempahan
☎️ +607 884 2800 sambungan 1713
📞+6012 649 0188/ +6017 203 1881
#lotusdesaru #desaru #buffetramadan2024 #buffetramadanmurah #buffetramadanmurahjohor
2 Comments
Wahhh! grilled lamb with mushroom soup tu sedapnyaaaa!
ReplyDeleteSedap memang..saya suka!!!
DeleteThank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.
Happy Blogging .