PEMENTASAN TEATER HARIMAU JOHOR, JAUHAR TANAH PERMATA |

PEMENTASAN TEATER HARIMAU JOHOR, JAUHAR TANAH PERMATA |

PEMENTASAN TEATER HARIMAU JOHOR, JAUHAR TANAH PERMATA ||  Satu Teater bakal diadakan di kawasan Johor Bahru ni. 


Teater

Maklumat lanjut seperti di bawah:

TARIKH DAN TEMPAT

Pementasan akan berlangsung pada : 24 Mei 2024 Jam 8.30 malam & 25 Mei 2024 Jam 3.00 petang & 8.30 malam bertempat di Audtorium JOTIC Johor Bahru

ANJURAN KALI KE BERAPA

Harimau Johor, Jauhar Tanah Permata merupakan pementasan ke-dua dan pertama kali produksi ini dipentaskan pada tahun 2022 di Sekolah Seni Malaysia Johor Bahru sempena Jelajah Teater Sejarah Johor anjuran Majlis Teater Negeri Johor.

MATLAMAT Dan OBJEKTIF

Adalah menjadi peranan dan tanggunjawab kami di Majlis Teater Negeri Johor bagi

menghasilkan pementasan teater bersendikan kepada sejarah Johor melalui cetusan dari

pautan sejarah Bangsa Johor sebagai pengetahuan kepada generasi muda masakini untuk

mengenali sejarah bangsa dan berpegang kepada jatidiri Bangsa Johor, kerja keras

berpasukan yang ditonjolkan oleh pemain teater ini diambil sebagai semangat anak Bangsa

untuk meneruskan legasi Kesenian Teater Tradisional, Teater Moden dan Teater Rakyat

disamping ianya juga dapat dinikmati oleh para pelacong dari dalam dan luar Negara.

Melalui Program Pementasan Teater ini juga kami berhasrat menjadi Takwim Tahunan

dengan Majlis Teater Negeri Johor mampu membantu kumpulan-kumpulan NGO’s Seni

Budaya lainnya untuk menghasilkan dan mementaskan sebuah Teater Sejarah dan Moden

sebagai wakil Negeri Johor di peringkat Kebangsaan yang di kendalikan sendiri oleh Majlis

Teater Negeri Johor di masa akan datang.

KEISTIMEWAAN YANG BAKAL DITONJOLKAN KALI NI

Pementasan Harimau Johor, Jauhar Tanah Permata melibatkan seramai lebih 60 orang

karyawan Muda dan dewasa terdiri daripada tenaga produksi, pelakon, penyanyi, pemuzik,

penari, krew pertugas, krew teknikal dan urusetia terlibat dalam pementasan ini.

Kebanyakan para karyawan terpilih adalah mereka yang terdiri daripada Aktivis Teater

Negeri Johor, Peserta-Peserta Khemah Kerja Teater Sepanjang Tahun dan Ahli-ahli

gabungan Majlis Teater Negeri Johor daripada pelbagai lapisan usia dan latar yang telah

bertahun-tahun terlibat dalam pementasan teater di Johor, Kuala Lumpur dan beberapa

tempat lain termasuk pernah berlakon dalam Teater, Filem dan drama televisyen tanahair.

Keseluruhan tenaga Produksi dan Karyawan merupakan Anak Tempatan sepenuhnya.


PENAMPILAN ISTIMEWA ARTIS TANAHAIR

1. AIRIS YASMIN

Airis Yasmin merupakan seorang pelakon dan penerbit televisyen wanita Malaysia.

Beliau merupakan finalis Pengacara Jemputan Nona TV3 tahun 2002. Antara filem lkonan beliau ialah Janin (2010), Aku Tak Bodoh (2010), Shh...Dia Datang (2012), Chow Kit (2012), Tokak (2013), Ada Apa Dekat Bas Stop (2015) dan Setan Munafik

(2023)

2. AZHAR JALIL

Azhar Jalil merupakan Hos TV, Pelakon, Penulis Skrip, Pembuat Filem yang sedang meningkat naik, beliau memulakan karier lakonannya bermula dari pentas teater, dan antara Skrip filem beliau ialah Siapa Tutup Lampu (2021), Heistdiladha (2023) 


KAITAN KEPADA PELANCONGAN

4.1

Pengaruh seni pementasan teater pada masakini amat besar nilainya terhadap kemajuan bangsa, justeru itu pementasan teater ini harus dijadikan medium pelancongan dengan bentuk gerak kerja promosi yang tersusun dan terarah agar pementasan tidak tertinggal dalam arus promosi pelancongan Negeri.

4.2

Melalui pementasan teater sejarah berbentuk ilmiah untuk membina generasi pencinta sejarah Negeri dan Malaysia amnya. Bukan hanya sebuah hiburan malah para penonton dapat membawa pulang fahaman sejarah, keindahan bahasa-seni-budaya dan semangat zaman dalam latar cerita.

4.3

Seni Pementasan Teater Johor boleh menjadi sokongan Pelancongan Negeri di dalam membantu memainkan peranan penting dalam mengimarahkan genre-genre teater Negeri-Negeri dengan tujuan mempromosikan aktiviti-aktiviti Kesenian dan Kebudayaan, ianya sekaligus dapat menarik pelancong asing untuk datang ke Negeri Johor melihat keindahan dan kepelbagaian Seni Budaya yang terdapat di Negeri Johor. 


4.4

Pertubuhan NGO’s Seni Budaya juga perlu membantu usaha-usaha pihak Pelancongan Negeri dalam pembangunan dan pengembangan kesenian dan kebudayaan Johor di dalam bentuk yang hiburan bermaklumat agar halatuju dan usaha-usaha yangd dijalankan selama ini mendapat perhatian pelancongan dalam dan luar negara untuk datang ke Negeri Johor ke hingga memberikan impak besar dalam ekonomi Johor melalui jalinan kerjasama antara Agensi Pelancongan dan NGO’s Seni Budaya.

AGENSI TERLIBAT SAMA:

Melalui Pementasan kedua ini, Pementasan Harimau Johor, Jauhar Tanah Permata dianjurkan bersama oleh: 

1. Tourism Johor

2. Dewan Bahasa dan Pustaka Wilayah Selatan

3. Majlis Bandaraya Johor Bahru 

4. Majlis Teater Negeri Johor Darul Takzim.

5. Produksi Gerak Teater Johor Antara Rakan Sinergi yang turut terlibat:

1. Jabatan Pendidikan Negeri Johor

2. Tari Aliff Johor Bahru

3. Persatuan Teater KESUMA-i Johor Bahru

4. ActiveOne Sports & Supplies

5. DJ Production

6. The Empire Studio

7. Pereka Production

8. CTMas Education Centre


HARAPAN

Berdasarkan pengalaman dan kepakaran yang ada, kami percaya bahawa PEMENTASAN TEATER “HARIMAU JOHOR - JAUHAR TANAH PERMATA” akan dapat memikat audiens serta meningkatkan minat pelancong dalam dan luar Negara terhadap Seni Budaya Negeri Johor, menambah pengetahuan generasi belia dan golongan pelajar terhadap potensi kerjaya dalam bidang seni budaya serta memberi makna kepada seni dan budaya Johor khususnya, juga kepada negara Malaysia amnya. Oleh itu kami memerlukan sokongan yang kukuh untuk merealisasi cita-cita bersama.

Post a Comment

0 Comments