Selesai Sesi Marhaban 2024/1445H

Selesai Sesi Marhaban 2024/1445H

Selesai Sesi Marhaban 2024/1445H || Syukur! Lega telah Selesai Sesi Marhaban untuk Tahun ini. Berjaya jugak aku join Banyak hari! Lega! Alhamdulillah! Saja nak tahu suasana Marhaban kawasan perumahanku. Sebab kitaorang baru beberapa Tahun pindah sini sewaktu musim COVID Dan musim PKP baru nak pulih. Teringin rasai keseronokan Dan kemeriahan Baraan wanita kat sini.

Tujuan aku join Baraan aka marhaban selain daripada berkenalan dengan insan insan hebat dalam taman perumahan ni, aku nak tengok interior design rumah dorang... Haha.. Sebab kadang kadang tu, ada yang kita tak berapa rapat, so takdalah pergi Beraya ke rumahnya.. Dengan adanya aktiviti Marhaban camni, barulah dapat singgah teratak mereka yang cantik belaka tu.. Aku Cuba sehabis baik nak join.. Sampaikan sanggup tak pergi open house sebab nak hadirkan diri ke Marhaban ni Tau! 😂 Tapi mak aku lah yang berjaya hadirkan diri tanpa gagal. Aku skip satu hari sebab balik kerja lambat... 

Dekorasi rumah

Salah satu rumah yang dimasuki time marhaban. Haruslah bergambar, kan! Sebab cantik bagiku. Love betul! Meh, aku share lagi. Just compile and simpan sini as kenangan.

Interior Design

Menarik semuanya! Nampak gambar kanan yang atas tu.. Yang timbul pasal football? Benda tu adalah sliding door ke dapur dorang. Lawa betul sliding door style gitu..Haha.. Aku teruja melihat dekorasi indah depan mata. I'm sure, bajetnya pun boleh tahan tu 😅 Rezeki mereka dapat cipta Dan hias rumah impian mereka secantiknya! Rumahku Syurgaku gitu! Satu hari Nanti, aku nak jugak hias hias rumah jadi cantik berseri Seri! Aamin! For now, simpan Dan cari idea Terbaik dulu 😄

Rumah cantik

Dari siling sampai ke dinding serta perhiasan lain semua aku ushar! Kahh!

Duit raya

Nasi Lemak

Goodies bag haruslah dapat Macam Macam sama ada makanan ringan atau menu berat atau duit raya atau barangan seperti bekas makanan kosong.. Tapi last day Marhaban baru ada duit raya untuk semua termasuklah untuk orang dewasa..Haha..  Selalunya specialities kat budak kecik je dapat duit raya.. Excited pulak dapat goodies best best..Kah!  Bila dapat bekas makanan, kemain memasing menapau. Tak cukup dengan tu, tapau pakai plastik yang disediakan..Hahaha..Lepastu penuh peti ais, kena marah ngan mak 😆 

And pada hari last marhaban, terdapat Anugerah untuk budak baik yang behave sepanjang Marhaban serta cenderahati untuk mereka yang bakal mengerjakan Haji 😍

Marhaban

Ni Salah seorang yang dapat Anugerah bersikap baik sepanjang Marhaban. Pandai dia amek hati orang tua. Tolong amekkan gambar sebab maknya suruh.. Sampaikan acik acik lain pun mintak tolong dia amekkan gambo.. Haha.. so Nampak muka dia selalu kehadapan semua orang sambil ikut sekali baca, Budaknya bukan jenis yang berborak kuat kuat dengan kawan kawan bercerita pasal goodies and so on. Ada budak yang jenisnya berborak kuat time orang bagi ucapan atau marhaban.. Confirm tak tercalon.. Haa..Mak mak pun dah tahu sangat lah.. Kira siapa yang dengar cakap, tak buat bising serta menghormati orang tua, dia lah yang dapat Anugerah budak baik tu..Huhu.. Alhamdulillah. Lega sangat bila dah Selesai. Rumah aku haritu, kami sediakan hidangan popia carbonara with cheese (Terpaling laku), Cocktail, Bahulu, Agar agar gula Melaka, Puding Jagung, karipap Carbonara Dan kek muffin coklat! Air sarsi Sejuk... Settle! Seronok bila tengok kemeriahan Baraan di semua tempat. Bukan mudah ya.. Kadang mood kelaut, malas dah nak join.. Ihiks!

Marhaban

Teruskan berselawat walaupun bukan sesi marhaban. Tenang..

Marhaban

Why my face like that ehh? Macam nak nangis jerr~

Marhaban

Tak lengkap semuanya sebab ada yang dah bergerak ke rumah lain time ni.. Can u spot me?! 😁 Comel je aku sorokkan badan.. Maka dengan ini, Selesai Sesi Marhaban 2024/1445H kalini. Semoga berjumpa lagi Tahun hadapan. Raya 2025. InshaAllah Jika dipanjangkan usia semuanya di kawasan ini. Aamin ya Rabb! Thanks!



Notakaki: Semoga semua dipanjangkan usia bertemu lagi! Syoknya tengok rumah cantik...








Post a Comment

8 Comments

  1. Tempat wak pun baru selesai baraan
    Kat sini ada 3 group baraan
    Group budak2 remaja pada awal raya
    Group wanita sebelah siang
    Group lelaki sebelah malam selepas isya'
    Beginilah setiap tahun dah jadi tradisi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wow..Ada tiga group ea..Kat sini gabung semua peringkat usia cuma marhaban Lelaki Dan perempuan je berasingan.. Bagus jadikan Marhaban Salah satu tradisi..Dedahkan dengan budak muda untuk saling meneruskan silaturrahmi 👍❤️

      Delete
  2. Teringin nak join baraan ni tp dekat tmpt PH ni takde. Bacaan Yasin Muslimat selalu buat di surau atau dewan JMB.
    Best dapat tengok deko rumah orang, ambil idea dan inspirasi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ooo.. gitu..kira sehari habis terus ye?
      Hehe ..best!

      Delete
  3. waahhhh bestnya Baraan mcm ni! betul tu mmg seronok dpt ushar interior design rumah cantik-cantikkknyaaa~

    ReplyDelete
  4. Oh Ini maknanya setiap orang di kawasan perumahan yg sama, bersama2 datang ke rumah2 di sana utk berhariraya ya kak?

    Baguuus juga konsepnya. Sayabtak pernah tahu ada kawasan perumahan di sini yg melakukan itu 😅. Biasanya kalo tak saling kenal, ya sudah, ga akan bisa masuk juga.

    Cantik semua interior dalamnya yaa 😄👍. Teringin hias rumah seperti itu, tapi budget memang harus prepare kuat dulu 🤣

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .