Luna Lights Evo Special Edition 2024 di Tasek Layang Layang, Bandaraya Pasir Gudang || Pernah dengar tentang Luna Lights Wonderland Malaysia atau Luna Lights Evo Special Edition? Banyak tempat dah mereka jelajahi Dan kalini mereka ke Johor Bahru area pulak! Nona pernah Nampak kawan pergi kat Seremban punya, tapi memikirkan nak ke sana agak jauh Dari JB, so tak jadik la pergi 😅 Memang berharap one day akan diadakan di Johor Bahru.. Senang nak terjah. Hehee.. Akhirnya mereka sampai jugak ke sini. Lighting my night! Ewah!
Anggaran dalam 1.4 juta LED Blinking kat sini! Wow! Amazed dengan teknologi ciptaan manusia ni! Patutlah masuk Malaysia Book of Record! Canggih betul!
Welcome to Luna Wonderland! Jom Masuk!
5 Tema Luna Lights Wonderland
- SPACE
- AQUATIC
- ANIMAL
- ROMANCE
- FOREST
🌊 Aurora River
💥 LASER Space
❤️ Terowong " LOVE"
🌟 Terowong " STARWARS "
🌹 Terowong " AVARTA "
Lighting my day bila tengoknya! Cantik sangat padi berlampu ni.. Tapi kena Gigih nak mencangkung ambil gambar sini sebab tak Tinggi mana bendanya.. Kah!! Semua benda kat sini agak menarik bagi yang berminat, Dan ianya memukau mata yang memandang. Selain daripada pasangan couple, Dan kawan kawan, ramai jugak bawak Keluarga datang ke sini bagi mengambil gambar Dan luangkan masa bersama sama. Indah terlihat!
Tenang.
Suka betul yang ni sebab ada wap air keluar Dari bawah tu. Sejuk terasa!! 😁
Yes, I'm the only one! Hahaa
Cute!
Ops! Macam Macam gaya yang ada sebenarnya 😂
Sesuai kan baju saya dengan terowong berwarna warni ni 😄 Pemakaian yang sesuai pun penting kalau datang sini.. Tapi aku pakai jela baju ni..Blur jugak nak pakai baju apa..Hehe.. Janji Kasut selesa sebab Banyak nak Berjalan Dan berdiri lama. Gituh! Mana taknya, semua checkpoint kalau boleh nak kena bergambar! Hahaha..Memang kami adik beradik suka bergambar! Walaupun pose nya kadang sama aje..Tapi Cuba jugak buat kelainan.. Janji ada kenangan tu yang penting!
Percaya tak, sepanjang photoshoot kat sini, kitaorang tak minum or buang air kecik. Dua jam ye kami kat sini! Hahaa.. Boleh tengok details pada gambar. Sometimes ada setting watermark. Sampaikan dah nak tutup tempat ni barulah kami gerak balik ke rumah.. Dah bayar RM15 kan Masuk sini! Kekeke.. Terdapat gerai gerai makanan di bahagian luar tapi kami tak singgah sebab dah makan sesiap sebelum ke sini so takdalah membeli makanan kat stall stall di luar tu~
Bila lokasinya dalam taman permainan, of course la terselit permainan untuk budak budak yang memang sedia ada kat dalamni ha.. Agak penat bergambar, duduk kat pondok yang disediakan.. Bebudak pun enjoy la..Apa lagi... Dok berlari sana sini, lompat, terjun Dan sebagainya. Hahaa..
Bermacam macam lagi checkpoint yang menarik! Ada yang cantik, unik, comel Dan lain lain.. Hampir kesemua warna ada. Warna pink, hijau, biru, Merah Dan banyak lagi! Memang blink blink lahh! Ceria and fun! Aku rasa kagum gila tengok semua ciptaan yang dihasilkan ni. Banyak betul pencahayaan yang nak dijaga agar Selamat Dan bertahan hingga akhir waktu. Tepuk tangan!! 🤩
So bagi korang yang nak pergi sini, dipersilakan. Sesuai bagi korang yang suka bergambar, berphotshoot, buat video, tengok teknologi canggih camni, tengok lampu berkerlipan atau suka jalan jalan, tempat ni memang ngam untuk dikunjungi.
Tambahan pula bawak orang yang sama minat, suka ambil gambar Dan diambil gambar, haaa.. bolehlah menapak ke Luna Wonderland ni ye! Time aku pergi, agak ramai pada mulanya tapi bila dah nak pukul 10 lebih tu, orang pun beransur pergi Maka dapatlah aku bergambar dengan lebih tenang~ Hihi.. Syukur, settle sudah aktiviti kat Luna Lights Evo Special Edition 2024 di Tasek Layang Layang, Bandaraya Pasir Gudang 🤩 Details seperti di bawah:
Tarikh : 20 Jun 2024 hingga 29 Julai 2024
Masa : 7.00 petang - 12.00 malam
📮 Tempat : Taman Bandar Pasir Gudang (Taman Layang-Layang), Bandaraya Pasir Gudang
💵 Harga Ticket :
Dewasa : RM15.00
Kanak-Kanak (12& ke-bawah) : RM8.00
Notakaki: Semoga tenang lalui jalan kehidupan
8 Comments
pernah pergi pesta cahaya di maeps dan putrajaya...ni pun temanya terbaik
ReplyDeletesejuk malam dengan healing mata tengok cahaya cahaya...tenang jiwa
Waaa menariknya..kalau bawa the kids ni mmg meriah.. :D
ReplyDeletecantiknyaaa...comel ikan nemo...
ReplyDeleteya Allah, cantiknya...
ReplyDeleteKan..saya suka nengok~
DeleteBanyaknya terowong... macam highway pulak.... hehehe
ReplyDeleteSeronok tengok kan...macam- macam karakter ada...kat Seremban dah ada tahun lepas
ReplyDeleteSayang sangat saya tak mampir Johor pas kemarin ke Malaysia. Cantiiik festival cahaya nya 😍😍. Jadi ingat festival cahaya yg rutin diadakan di Nagasaki Jepang
ReplyDeleteThank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.
Happy Blogging .