Pengalaman Menarik Seharian Bercuti di LEGOLAND® Malaysia Resort BRICKFEST

Pengalaman Menarik Seharian Bercuti di LEGOLAND® Malaysia Resort BRICKFEST

Pengalaman Menarik Seharian Bercuti di LEGOLAND® Malaysia Resort BRICKFEST   || Abadikan kenangan di LEGOLAND bulan lepas bersama sama familyku. Sempena birthday adik Dan adik ipar bulan May, aku pun ajaklah dorang pergi Legoland, kiranya ni hadiah birthday gitu. Dulu pernah buat pass tahunan kat sini. Tapi dah expired lah sebab buat masa Awal awal Legoland dibuka. So agak lama jugak sebenarnya tak ke LEGOLAND ni 😅 Excited memasing nak main game yang menarik dan tengok benda terkini kat Legoland! Hehe..

Sekarang kat LEGOLAND® sedang berlangsung BRICKFEST event start dari 21 May 2024 sehingga 22 September 2024?! So banyaklah aktiviti berhampiran pintu masuk Theme Park tu sebelum korang masuk ke theme park yang penuh dengan pelbagai permainan lain. Bermacma-macam booth yang ada dan berkaitan dengan Lego. Lama tak main lego, time bebudak je main benda alah tu.. Padahal bagus sebenarnya bermain lego ni. Jom tengok apa aku buat dan aktiviti kitaorang sepanjang di sana!

Brickfest

With adik, adik ipar dan emakku! Comel tak kami?? 

Masuk masuk je akan ada photographer yang ambil gambar dan provide kita QR Code jika berminat nak beli kat kaunter nanti tapi kalau mintak tolong dia untuk ambilkan gambar guna phone kita pun boleh!!! Àww! Adik aku awal awal dah cabut pergi main permainan dalam tu lepas bergambar tanpa membazir masa lagi! Kahh! Tapi aku dengan emak, try tengok tengok aktiviti kat booth yang ada sebab nak santai santai je dulu.. Haha.. 

LEGOLAND MALAYSIA

Banyak kids suka bermain permainan Lego nih! Dari sekecik kecik saiz sampai yang besar. Teruja memasing! Ikut suka nak cipta apa apa bentuk pun! Kat sini boleh nampak permainan Lego dapat menguji kekreatifan minda seseorang. Mencabar bagi seorang budak untuk menyiapkan sesuatu daripada ketulan lego tersebut! Tapi best bila berjaya menghasilkan something bentuk or binaan.  Bukan sahaja budak, orang dewasa yang join ni pun turut dapat menguji otak memasing. Kikiki~ Aku suka Lego sebab ianya berwarna warni je 😆

Antara aktiviti kat LEGOLAND Malaysia Resort Brickfest 


  •  Racer's Workshop 
  • Brickfest Playground
  • Fun with Crafts
  • Speed Build
  • Minifigure Trading Station
  • LEGO Brick Class

More info boleh refer entri LEGOLAND Malaysia Resort Brickfest sebelumni..

BRICKFEST

Persembahan pentas semestinya kena ada! Bebudak pun of course akan terikut dance sekali! Memang meriah Dan ceria muka memasing dapat have fun kat sini! 🥳

Lego

Chak! Macam comel jer!

Nampak senang Dan simple tapi jujur cakap, kalau otak tak kreatif dan malas berfikir lelama, memang give up, macam aku! Haha.. Selamat ler ada adik manis si penjaga booth kat setiap booth yang akan melayan dan beri tunjuk ajar supaya kita dapat fahamkan step step yang betul untuk mencipta something from Lego Lego yang disediakan~

Permainan Lego

Fokus mak saya! Hasilnya seperti di atas. (Sebelum gambar ni). Rasa renyah sebab tak reti nak start Dari mana 😂 Tahu ambil tayar je..Nak bagi bersambung sambung tu kena fikir kreatif sikit!

BRICKFEST

Suka nengok adik adik Manis melayan budak budak kecik yang mungkin Banyak Tanya Dan sebagainya.. 

Baguslah ada penjaga camni kat setiap booth, barulah senang nak tanya apa apa. Kan.. Hehe..  Selesai je menjelajah semua booth, aku Masuk ke dalam taman Tema. Of course nak try main game game yang ada. Aku dalam fasa dah tak nak naik roller coaster tu sebab penat nak menjerit Nanti 😂 But I miss permainan sampan ni yang agak extreme bagiku. Mak duduk tepi je. Aku, adik Dan adik ipar try this one lahh 😆 

Extreme Game

Kita jatuh sekali je and then kat bawah tu kena percikan air yang sangat kuat sampai basah semuanya 😅 Awal awal sebelum sampan turun aku dah menjerit dulu sebab rasa pergerakan sampan, bergegar masa nak menjunam tu. Kahhhh! Risau ekk! Cukup sekali je naik.. Buat raso raso! And adik aku done main semua game dewasa dalamni. Dia memang minat extreme activities ye.. Selain daripada game ni, kitaorang try main lawan Padam API Kebakaran (Game Bomba), Bawak boat, Cawan pusing pusing Dan naik benda yang Macam Taming Sari kat Melaka tu...Apa tah namanya.. Haha..

Ninjago

Ninjago Show! 

Show dalam bahasa Inggeris, kena fokus baru dapat dengar Dan faham.. Ada word yang aku tak berapa faham, kena bukak kamus dulu tapi sebab tengok je aksi tu, dapat lah faham serba sikit..

Lepas tengok show, Makan and then sambung lagi main game. Don't worry pasal solat kat mana sebab kat sini Ada tiga Surau disediakan. Antara nak solat dengan tak je. Kemudahan dah disediakan, rugi tak gunakannya~ 

Monumen

Monumen Lego 

Settle kat satu bahagian permainan, lalu Jap kat bahagian monumen atau art yang dibina daripada logo camni.. Pelbagai tempat menarik dalam negeri Dan jugak seluruh Negara dapat dilihat kat sini! Best sebab ada sound music serta pergerakan seperti bas bergerak, bot berlayar Dan sebagainya. Ini memang sejak dulu dah ada cuma sekarang ditambah bumbung. So tak perlu lah hadap panas terik atau kehujanan untuk kita jalan jalan area sini Dan bergambar dengannya. Selesa gitu!

Memang syok seharian bercuti kat sini Dari pukul 10 pagi sehingga 6 petang woo! Ada je show Dan aktiviti menarik yang boleh dilakukan. Kena bersabar sikit lah time orang ramai beratur untuk setiap game yang ada kat sini.. Harga berbaloi dengan apa yang ada kat sini Dan mainlah sepuas hati sampai habis masa...Haha.. Bukan setakat anak anak kecik yang happy, anak anak remaja Dan mak bapak pun puas hati lah bila Masuk sini! 

Legoland Malaysia

Love to be here, LEGOLAND® Malaysia Resort! Till we meet again! Teringin jugak tidur hotel kat sini, one fine day bila budget dah ada la ye... Hiks~ More pictures aktiviti haritu ada kat Facebook Nona!

Berapa harga Masuk ke Them Park, Sealife atau Water park Dan Macam mana pakej yang ada kat sini? Boleh layari website LEGOLAND® Malaysia atau Instagram atau Facebook dorang!



















Post a Comment

4 Comments

  1. waahhhhh legoland! bestnyaaa!

    ReplyDelete
  2. June ini tadinya saya nak ke JB. Tapi tak jadi Krn papa ikut, takut penat sangat pula. Apalagi tak ada direct flight dr Medan ke Johor.

    Padahal teringiiin sangat ke Legoland dan stay di hotelnya itu kak 😍😍. Tahun depan lah diusahakan. Anak2 juga suka kalo bisa main ke sana

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .