Pengalaman Menonton Teater “HARIMAU JOHOR - JAUHAR TANAH PERMATA|| Pernah Menonton Teater? Aku pernah! Dan bulan lepas pun baru je Menonton Teater buat Pertama Kali untuk Tahun ni. Sememangnya aku berjiwa puitis. Tibber! Ya, Kalau sebelumni aku sorang sorang pergi menonton Teater kerana minat, tapi kalini berteman. Hehe.. Lokasi persembahan Teater di JOTIC. Tak pernah pulak jejak kaki ke sini walaupun aku sendiri orang Johor Bahru..
Teater ini berlangsung selama dua hari berturut turut. Ramai jugak peminat Teater rupanya. Saja aku check balik link pembelian ticket, terkejut aku sebab dah sold out semua! Mantap! Kebanyakan para karyawan terpilih adalah mereka yang terdiri daripada Aktivis Teater Negeri Johor, Peserta-Peserta Khemah Kerja Teater Sepanjang Tahun dan Ahli-ahli gabungan Majlis Teater Negeri Johor daripada pelbagai lapisan usia dan latar yang telah bertahun-tahun terlibat dalam pementasan teater di Johor, Kuala Lumpur dan beberapa tempat lain termasuk pernah berlakon dalam Teater, Filem dan drama televisyen tanahair.
Bukti hadir ✅
Teater “HARIMAU JOHOR - JAUHAR TANAH PERMATA” ini mengisahkan tentang Jauhar Tanah Permata aka negeri Johor didatangi Dan diserang sekumpulan lanun. Hal ini menjadi topik Dan perbualan utama dalam kalangan para pemimpin serta rakyat negeri Johor.
Selain daripada penceritaan tentang semangat Dan keberanian para pemimpin berjuang menyelamatkan Johor, teater ini turut memaparkan kisah manusia yang berhasad dengki dengan kelebihan orang lain, musuh dalam selimut, suasana kampung yang meriah, Dan banyak lagi babak menarik yang penuh dengan konflik serta pengajaran.
Johor sudah tentu terkenal dengan tarian Zapin. Dah lama tak tengok persembahan tarian Zapin Secara langsung. Pelbagai tarian yang disajikan Dari kanak kanak sampailah ke orang dewasa. Memang indah Dan Cantik tersusun langkahnya. Comel je tengok kanak kanak cilik menarik atas tu. Rasa bahagia betul!
Halah halah, comey~
Seram...
Aku paling suka watak Kuntum dalamni. Sebab wataknya kelakar Dan bersahaja. Takdalah sepanjang masa serious aje. Ada lawaknya.. Haha.. Bagi aku Teater ni 'menjadi' Dan memuaskan kerana semua Watak berjaya memainkan peranan masing masing. Mimik muka, pergerakan, pencahayaan dan lantunan suara yang jelas sepanjang Teater berlangsung. Tabik spring kepada semua yang bertungkus lumus dalam menjayakan sebuah teater.
Mak aku pun cakap Teater ni best! Sampaikan dia terangkat kaki asbab terkejut semasa watak Jahat, Si Labik hentakkan kakinya. Hahaaha.. Secara keseluruhannya, kitaorang suka Teater “HARIMAU JOHOR - JAUHAR TANAH PERMATA” ✅ Pelbagai Emosi bila tonton sampai habis. Rasa geram, sakit hati, sedih, gembira Dan macam Macam lah. Tak rugi pergi, tidak membosankan Dan berbaloi dengan harga yang dibayar.
Selesai semuanya, bergambarlah kami dengan beberapa watak yang terlibat dalam persembahan Teater. Bukan selalu ni hadir ke Teater. Kalau duduk KL ni, mesti Banyak Kali aku tonton Teater kat Istana Budaya tu.. Huhu..
Bergambar dengan reti lah semestinya! Handsome tak yang belakang tu.. Itulah watak Harimau Johor! Aummm!
Mak aku suka watak Jahat, si Labik ni.. Haha..
Kuntum oh Kuntum! 😄
Secara keseluruhannya, kami puas hati Dan nantikan karya seterusnya di masa hadapan. Pasti kami akan datang lagi Dan menikmatinya Nanti!
13 Comments
Kita tunggu pementasan teater akan datang ...
ReplyDeleteYaaa..Saya pun nantikannya.. Hehehe
DeleteBestnya tgk Teater 😊
ReplyDeleteBest! ❤️
DeleteWahh bestnya tengok teater Nonaaa. Akak takpernah tengok teater. Hahaha. Tak puitis agaknyaa ;)
ReplyDeleteWaaa seronoknya.. teringin juga nak tengok teater mcm ni :D
ReplyDeleteOkay done follow sini :D
ReplyDeleteFollower ke 898 :D
Ini yg saya belum pernah lihat. Padahal di jakarta pun ada banyak pertunjukan teater sebenarny kak. Tapi memang lah belum ada niat nak menonton. mungkin Krn hubby juga tak terlalu suka teater 😅. Padahal dr beberapa review teman, pertunjukan teater ini juga banyak yg bagus
ReplyDeletewahhh! Ana suka betul tengok tarian zapin!
ReplyDeletebestkan tengok teater macam ni..Kan best kalau diorang buat lagi
ReplyDeleteYaaa..Best!!! ❤️❤️❤️
Deleteteringat blogger Seri Kandi Tanah Jauhar...hehe...tarian zapin..suka!!
ReplyDeletesaya juga pernah berlakon teater sebagai pelakon utama...mencabar juga untuk menghayati watak dan hafal skrip jer ...
ReplyDeleteThank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.
Happy Blogging .