Selamat Sampai ke Kampung Nenek || Tidak lengkap rasanya jikalau tiada entri harini. Alhamdulillah, selamat sampai ke kampung Nenek pagi tadi tanpa jammed teruk. Ramai dah balik hari Jumaat Dan Sabtu kot. Aku cuti sampai esok, Hari Isnin je. Tak ambil cuti lebih. Kat sini, sedara lain takda balik rumah nenek. Hanya aku Dan emak sebab orang lain ada Hal memasing. Ada yang buat Qurban kat taman perumahan sendiri, ada yang balik rumah mertua Dan sebagainya. Cuti Raya Aidilfitri haritu dah cukup penuh Dan seramainya yang balik kampung nenek.. Haha.. So raya Aidiladha kalini just tenang tenang aje..
Harini merupakan hari Arafah. Semoga segala doa yang kita Mohon tu termakbul. Doa yang baik baik untuk Dunia Dan Akhirat kita. Aamin!
View Dari rumah nenek sebelum Masuk waktu Maghrib
Menu dinner. Nenek Berselera berbuka Puasa sunat harini. Aku pun termakan banyak dah sebab sangat menyelerakan semuanya. Ada sayur urap, daging rendang, ikan Asam Pedas, Sambal Petai Ikan Bilis, Lemang Dan Bubur Cha Cha ❤️
Order beberapa ketul ketupat yang dah Siap dianyam. Buat ado ado jer~ Lepastu beli ketupat segera. Settle! Aku memang tak pakar menganyam ketupat bagai ni 😄
Siang tadi sempat menyapu Dan mengemop sikit sebab takda orang lain. Senang nak alih barang sikit sikit.. Bukan alasan nak bermalasan walaupun takda orang datang Beraya. Just faktor kebersihan gitu. Nenek Dahlah Tinggal sorang dengan pakcik yang Masih single tu. Mana larat nak buat semuanya setiap hari bersendirian. Mata pun dah kabur kabur gitu~
Okay, asbab takda beria sangat untuk raya Qurban ni, sempatlah nak memanjakan diri kat rumah nenek. Hihi~ Mood manjakan diri dah datang, haruslah kita layankan mood ni. Apa pun, Selamat bercuti bagi yang bercuti. Selamat bekerja bagi yang perlu berkhidmat pada hari raya Aidiladha 2024 ni. Salam Aidiladha semua. Jaga diri walau di manapun anda berada.
Notakaki: Hargai selagi ada.
4 Comments
selamat hari raya aidiladha
ReplyDeleterabia cuti sampai hari selasa
rabu start kerja dh
Selamat hari raya dikk. Akak singgah dan follow sini, jemputlah beraya di blog akak pulak. HAHAHA. ;)
ReplyDeleteWahh siap dapat me time lagi kan ..
ReplyDeleteTak tahu dah berapa lama tak pergi ke rumah nenak, Krn memang sudah tak ada lagi semuanya, dari pihak saya maupun pihak suami.
ReplyDeleteSampai tak ingat kapan terakhir bertemu enak saking dah lamaaaa sangat, mungkin saat kecil. Terbayang memang seru sekali saat hari raya ada di rumah nenek di kampung kan 😍👍
Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.
Happy Blogging .