Tumbler Comel Buat si Cantik

Tumbler Comel Buat si Cantik

Tumbler Comel Buat si Cantik || Bulan lepas ada sorang pekerja kat department lab sini berhenti kerja. Kami bagi dia bouquet and tumbler Comel. Bagi aku comel tapi cantik jugak. Hahaa.. Nasiblah kalau suruh aku yang buat pilihan. Mesti yang camni la ek 😂 Actually aku dah terbeli design lain sikit yang rasanya lagi comel tapi sesuai tuk bebudak. And then rasa Macam tak kena lah dengan Tema.. Alang alang bouquet tudung bertemakan purple, apa kata tumbler pun cari warna purple. So inilah dia! Hehe.. Tak Banyak pilihan yang ada kat beberapa tempat yang aku pergi. Ini pun Selamat terjumpa kat MR DIY Kip Mart. 

Plan last minute je so takdalah buat pembelian by online. And aku risau kalau barang barang Gini pecah ke apa bila sampai. Lebih selesa Dan happy tengok sendiri depan mata kejadiannya. Huhu.. Harga mengikut bajet yang ada, then guna balance duit selepas pembelian tudung Dan bouquet tudung..

Tumbler

You rasa comel or cantik? 😄 Paper bag pun sekali ikut Tema ungu terus.. Settle! 💜 Tapi actually kan, kitaorang pun tak tahu warna favorite orang yang nak berhenti tu.. Lol 😆 I hope she is happy with all hadiah yang kami berikan Dan semoga terus berjaya di Dunia Dan Akhirat..Aamin ya Rabb! 


Post a Comment

13 Comments

  1. Pernah beli untuk anak kat Mr Diy. Nanti lama2 terkeluar air ke apa entah dari tepi tumbler tu. Tak sure pecah ke apa. Memang cantik tumblr tu.

    ReplyDelete
  2. Comel nya kaler purple tu... Alhamdulillah, yg menerima mesti terharu.. Terasa dihargai bila diingati...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan... Harap haraplah.. Ye..rasa dihargai Dan Disayangi kan 💜

      Delete
  3. Bagus usaha sendiri macam ni. Mesti terharu orang tu bila tahu.

    ReplyDelete
  4. Harap2 dia suka lah. Tapikan kita pun kalau orang bagi kita terima jer

    ReplyDelete
  5. Saya penyuka purple, jadi bagi saya pastilah cantiiiik ❤️❤️.

    Kenapa tak ditanya saja ke staff itu dia suka warna apa 😅😄

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oo..suka kaler Purple jugak ye..Hehe..

      Sebab nak surprisekannya..Dia tak filir ada hadiah untuk dia sebab kerja sana tak sampai setahun lagi..Hahaa..

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .