Luangkan Masa Sampai Puas di Splash Carnival LEGOLAND® Water Park || Ini cerita Sabtu lepas di mana aku, adik Dan adik ipar sama Sama terjah Splash Carnival kat LEGOLAND, Johor. Ye.. Ada event ni sekarang kat LEGOLAND. Pelbagai aktiviti yang diadakan selain daripada mandi Manda 🤩 Ini my first time aku main game Dan mandi Manda dalam Waterpark Legoland ni. Syoklah sebab lama tak jumpa gelongsor. Kahh!
Cuma kalau pergi Sabtu ni, dapatlah jumpa Han Byul. Han Byul datang Sabtu ni.. Aku ada Hal lain pulak Sabtu ni.. Huhu.. So plan awal sikit datang nak tengok apa yang best Dan menarik dalam event kalini. Hehe..
Syoknya berendam! Cuaca pun elok!
Volleyball. Simple je game ni. Bebudak kena pass bola kat penjaga tu then dapat tangkap semula, haa.. Free gift untukmu!
Ada time time tertentu, keluarlah dancer memeriahkan suasana. Semua yang mandi dalam pool seronok lah ikut dance. Lebih rancak bila slot DJ putarkan music! Memang rasa nak cucuk Langit terus kat situ! Hahah..
Syurga buat kanak kanak. Aku pun join sekali main gelongsor kat sini! Tunggu sampai Cawan besar tu penuh dengan air, then tengok air tu tumpah ke bawah. Ramai menunggu air tu jatuh 😄
Beach soccer. Ada gaya tak ek?!
Jangan ingat aku tak reti sepak bola okayh! First tendangan terus Masuk goal. Tapi nak kena goalkan sebanyak Dua Kali baru dapat free gift. Free gift ada Dua. Boleh pilih sama ada nak magnet atau pistol air (water gun). Of course aku pilih water gun sebab nak main tembak tembak kat dalam pool Nanti.
Ball hunt! Kena cari bola bersaiz kecik gini mengikut jumlah yang ditentukan. Kitaorang haritu disuruh cari tujuh biji je sekitar Waterpark LEGOLAND® then akan dapat free gift iaitu water gun! Beria adik aku cari, rupanya boleh dapatkan water gun tu kalau main game goal kan bola.. hahaa..But still, we found all the balls! Succeed! Saja nak challenge mata sendiri. Kan! Then dapat tambah pistol air tu~
Aqua Zumba with blogger kak Hernee.
Ya, aku suka slot ni. Bukan dance saja saja, lebih kepada Zumba pergerakannya. Love! Bab angkat kaki or hentak kaki dalam air tu Macam berat je rasa nak buat. Haha..
Parade.
Ni ada time weekend aje Tau sepanjang tarikh event berlangsung. Kalau dah tamat tarikh event, takda dah ni.. Colourful! Tapi ni, kena Tunggu sampai petang. Pukul 4 petang baru keluar performance nya. Mereka turun pusing dekat dengan pool then naik pentas untuk dance. Cantik cantik semuanya. Bebudak sambung have fun, dance dalam air 😄
Tiga Kali round sini selain daripada naik gelongsor yang ada kat sana. First tanpa pelampung. Kali kedua Dan ketiga bersama sama pelampung. Round dengan adik aku sambil Mencari bola kecik tu. Haha.. Pastu ada mainan logo dalam air. So lagi enjoy gitu bebudak~
We have fun! Enjoy our weekend! How about you? Nak tengok ada apa lagi? Terjah website LEGOLAND®, Johor 🌟
15 Comments
bestnya!!! my boys tak puas2 lagi dtg legoland ni...dan dh agak lama kami tak dtg sini...anyway salam kenal, tq sbb sudi drop komen kat my lil blog
ReplyDeleteKan..Memang best! Boleh dah tu datang lagi.. Hehe.. Thanks singgah sini ye ..Sama la saya..
DeleteBestnya. Lama dah kami tak p berendam mcm ni. Kalau kat tmpt ibu ni yang dekat Lost World Of Tambun ler. Last pegi tahun 2019.
ReplyDeleteYa..best berendam..Oo. Lost World of Tambun tu saya tak pernah pi lagi...
DeleteAsik banget kalau main"ke sini bareng anak-anak,pasti betah dan gak mau pulang😁
ReplyDeleteYe..seronok sangat..Anak anak mesti nak main semua permainan Berulang Kali..Syok!!!
DeleteLama jugak tak pergi legoland ni. Nampak makin menarik la kat sini. Syok tu berendam....
ReplyDeleteOo..berapa lama dah tak ke sini? Jomlah berendam..hehee
Deletewahhhh syoknya ball hunt mandi manda kat Legoland! jiwaku meronnta nak pergi hahaha
ReplyDeleteHaha..Kan.. Sila ler pergi sana...
DeleteBestnyaa
ReplyDeleteBestnyaaa
ReplyDeleteAiiiih ramai sangaaat kak 😂. Belum sempat2 lah main ke Johor apalagi coba Legoland. Nantilah, nak kesana dan ajak anak stay juga di hotel Legoland itu.
ReplyDeletesesekali sapat berendam dan bersukaria macam ni mmg syok! healing healing orang kata😁
ReplyDeletePernah pergi sekali je ke Legoland ni. Sambil main sambil bermain bersuka ria.. mmg seronok la budak2 :D Org yg tak budak pun happy jer kan :D
ReplyDeleteThank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.
Happy Blogging .