Main Bowling di Daiman Bowl

Main Bowling di Daiman Bowl

Main Bowling di Daiman Bowl|| Bowling merupakan salah satu sukan indoor yang nampak macam senang tapi sebenarnya susah kalau takda skill yang betul. Bagi aku masa kali pertama tengok, alahai.. Kacang je.. Baling jela tegak tegak mesti pergi tegak Dan jatuh jugak semua pin tu. Ops. Salah ye! Hahaaha.. Hakikatnya dari zaman sekolah sampai dah kerja ni, Tetaplah macamtu je aku main bowling 😂 Tak terror terror! 

Ini Kisah haritu masa adik Dari KL balik JB cuti raya Aidiladha. Kitaorang spend time main bowling kat tempat yang selalu dituju bila nak main bowling iaitu Daiman Bowl atau Pusat Bowling Daiman. Setelah sekian lama tak bersukan, jomlah kita gerakkan badan! Haha.. Memang santai je main bowling ni, dalam tempat aircond gitu tapi kalau baling setakat baling, takda skill yang betul, boleh jadi bola ke longkang Dan pin tak dapat jatuh kesemuanya.. 

Daiman Bowl

OOTD like a pro lah kan!

Kami pun tak berapa pro, main baling je tapi saja nak Cuba Cuba lagi. Hahaha.. Ada orang sebut pasal skill pusing buah kelapa la..apa la..hahahaa.. Tapi aku pun pakai hantam sajalah asalkan gerak ke tengah tengah Dan pin jatuh. Errr.. Ada time tersenget senget tanganku, masuk gak ke longkang 🤣 Niat nak release tension tapi leh jadi Bertambah stress kalau ke longkang perginya! Kahh!

Sukan

Selamat Bersukan semua! 

Bola Bowling

Snap sebab....Pink colour!!

Bowling

Bola size 7 ringan tapi kadang tak berapa nak pergi atau laju.. Haha.. So pakai saiz 8 lah masa nak baling tu... Segan jugak kalau duduk sebelah lane yang terror main bowling. Ada yang Siap bawak bag berisi bola bowling sendiri. Itu kira professional lah kan. Orang tu mesti hobi Dan tinggi cintanya terhadap sukan bowling ni.. 

Markah

Namaku yang paling atas. Markah pada first round, biashe biashee je.. Second round baru agak Tinggi, melebihi markah 100. Rare la kalau markah camtu untuk seorang Nona.. Ada jugak la Spare or X tu. Hikhik! Semangat tengok orang lain jatuhkan pin semua...

Apa pun.. Alhamdulillah, dapat spend time with family. Parents memang tak join la sebab waktu yang tak sesuai. Tambahan pula ramai betul manusia. Hampir sejam Tunggu turn kami. Bayangkan Dari kul 9 lebih, then kul 10 lebih baru dapat main. Mengantuk mak bapak aku kalau nak menunggu sampai tengah malam baru Siap sebab kat sini, waktu operasi sampai 1 pagi ui! Main santai santai je takpa, relaks gitu~  Next time boleh datang lagi cuma nak menunggu ler agak lama. 

Kitaorang suka sini sebab lane nya teratur, condition ok, Selamat, tempat selesa Dan berbaloi bayar. Setakat ni, takda isu pin tersangkut ke apa Macam sesetengah tempat. Sistemnya bagus cuma tuhla, ramai sangat bila peak hour, lagi lagi kalau weekend. Full! Surau, toilet, kafe, tempat menunggu (kerusi) Dan port untuk smoking pun ada. Memang nice!! Rasa nak repeat more! Gituh! You guys suka main bowling ke?


Notakaki: Harini kena kerja di saat yang lain ramai sambung cuti...




Post a Comment

9 Comments

  1. Main bowling ni.. masa nak baling itu perasaan jer hahahha.. kita pun tak reti mana nak main bowling hahahha :P

    ReplyDelete
  2. kalo main boling mmg gaya kena ada.. haha..
    sy kalo main byk ke longkang je..

    ReplyDelete
  3. kita pun x terror janji lempar je bola tu hhahaha lama nya x main bowling

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaa..Lempar jee..Elak longkang je..Kan..hahaa.. Sila lah kak..gi main bowling..hek hekk

      Delete
  4. Great post on your bowling experience at Daiman! At VOS Consulting Group, we're always looking for ways to combine fun team activities with our professional consulting services across the USA. It's awesome to see others enjoying team-building activities like these!

    ReplyDelete
  5. Cantik bola bowling tu . CCL pun dah lama tak main bowling nii

    ReplyDelete
  6. Suami saya sukaaa sangat main bowling. Saya pula hanya ikut main utk have fun saja. Tak jago 😄. Tapi suami dan sepupu dia memang lah, sampai posisi badan saat meluncurkan bola pun mereka fasih sangat 😅.

    ReplyDelete
  7. You are providing the best information that’s why i am share the some little information.Workingment is one such preferred engineering assignment site. If any students need help in this assignment contact me with Do My Assignment in uk

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .