Makan Makan dengan Blogger Sis Lin di Malaysia Thailand Halal Food Festival (MATHAF)

Makan Makan dengan Blogger Sis Lin di Malaysia Thailand Halal Food Festival (MATHAF)

Makan Makan dengan Blogger Sis Lin di Malaysia Thailand Halal Food Festival (MATHAF) || Pernah dengar tentang event MATHAF ni? Event MATHAF berlangsung di seluruh negeri! Pelbagai menu Dan hidangan yang berasal Dari Thailand dijual di sini! Antaranya seperti pulut Mangga, aiskrim kelapa, Thai Tea, Kerabu Mangga, Sosej Pulut, Pai Susu, Tom Yam Dan banyak lagi!! Memang rambang mata Kalau sampai sini ui! Haritu saja teman blogger Sis Lin nak berbuka je sebenarnya.. Tapi or course lah aku pun melantak sekali! Sis Lin cakap, aku selalu antara yang terawal terjah kalau event event camni tapi kalini tidak ya.. Sebab sekarang, aku plan tak nak Makan malam Banyak Banyak (diet Konon). Sekali dah ke sana, hancuss dietku! Kahkahhh! Bukan selalu kan~ Ayat penyedap hati..

By the way, Terima kasih Blogger Sis Lin ajak saya ke sini.. Semoga Sis Lin ceria, sihat dan dilindungi Allah selalu. Aamin! Tempatnya di Mydin Taman Rinting. Nampak meriah jugak dengan makanan Dan manusia yang berkunjung. Bagus jugak ek dorang buat kat Tapak parkir Mydin Mall ni. Dapat Tarik ramai orang ke sini lepas shopping! 

MATHAF

Thailand Food Festival

Kami beli Sosej Cucuk Cucuk Bakar (3 ketul=RM10), Vietnam Roll Udang (RM10), Kerabu Suun Sotong (RM10), Kerabu Maggi Sotong (RM10), Tongmo (3 batang=RM15), Kerang Rebus (RM10), Jus Longan Thai (RM10 secawan),  Corn Ribs (RM10), Cucu Jagung (RM10). Gambo tak berapa cantik pulak..Haha.. 


Jus Longan

Jus Thai Longan!

Bak kata Sis Lin, buah longannya mengkal! Segarr bila minum jus ni! Rasanya bagiku Manis leting! Tapi rasa nak lagi ah! Suka pulak tengok diletak dalam bekas Minuman camtu. Hehee.

Corn Ribs

Corn Ribs Spicy! Oh, camni rasanya! Not bad!

Cucur Jagung

Cucur Jagung. Sebenarnya rindu cucur Jagung Sheila Rusly masa kat Renaissance Hotel haritu..

Vietnam Roll Udang

Menu sihat ❤️ 

MATHAF

Kecur!

Malaysia Thailand Halal Food Festival

Sehingga 22 Julai 2024 di Mydin Mall, Taman Rinting. Dari jam 11 pagi - 12am


Sama boolat dengan Panda sebelah tu!

Burppp! Alhamdulillah kenyang betul malamtu! Kalau tak kenyang, rugi lah.. Ini dikira plan last minute yang menjadik ek! Tetiba daripada niatnya tak nak singgah, tup tup onz aje haritu! Haha.. Mata dah layu lepas melantak makanan tapi sempat kami briskwalk dulu kat satu tempat ni...Nak tahu mana? Nanti story kat next entry ye! Tapi kalau baca blog Sis Lin, mesti dah tahu kat mana kan 🤣 Okaylah, see you next entry! Salam Hujung Minggu semua!


Notakaki: Teringin Baklava pulak...

Post a Comment

10 Comments

  1. Hahahaha jomlah kita pergi lagi.. nak makan Mee Mamu dan juga Pasta, sedapnya kannn.. nak datang kena puasa sesiap hahahaha .. makseh Nona teman kita ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Woww..nak Makan Mee and pasta...woww.. Sedap tuu..Kena gi lagi! Puashe kee harini 🤣

      Delete
  2. best MATHAF ni mcm-mcm mknan viral ada! juling mata nak pilih hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha ah, juling..bling bling gitu matanyaa bila nengok!

      Delete
  3. Seronoknya, sambil makan sambil sembang2

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha ah..seronok..Dan sambil tengok orang lain Makan apaa..Hahaha

      Delete
  4. Corn Ribs spicy tu nampak mengancam juga... cucur jagung tu kita suka huhuuu :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan..Memang mengancam! Huhu! Cucur Jagung ni bebetul cucuq Jagung..seketoi seketoi 😄

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .