Lirik Lagu Niskala Suaka Nyanyian K.O.I

Lirik Lagu Niskala Suaka Nyanyian K.O.I

Lirik Lagu Niskala Suaka Nyanyian K.O.I || Lagu baru pada Tahun 2024. Haritu terdengar kat radio buat Pertama Kalinya. Oh, dah Dua bulan keluar muzik video kat YouTube, baru kutahu. Ada muzik traditional Macam misik misteri gitu tapi rancak Dan sedap pada pendengarankau pepagi sebelum gi kerja tu 😂 Ada yang Tanya kat Tik Tok, ni lagu hantu ke Illuminati ke.. Sebab ada Lukisan mata satu dorang buat then tangan dorang kena pijak kat mata satu tu... Lol. 

Maksud penuh lagu ni, korang kena hayati sendiri. Pelbagai Komen yang diberikan di YouTube mahupun Tik Tok. Bergantung kepada Pemahaman memasing berdasarkan lirik yang ditulis. Takut jugak nak tulis sebab ada yang kaitkan tentang sebuah pemerintahan atau P4lestin. Erti perkataan Niskala ialah Tidak Berwujud manakala Suaka ialah si Tempat Berlindung at Menumpang (Hidup). Wow, Unik kan! Bagiku, lagu ni mempungai keunikannya tersendiri. Boleh dengar sampai habis. Rancak! Ada penyanyi Choi Dari kumpulan Floor 88 rupanya ek!

Niskala Suaka

Tajuk Lagu: Niskala Suaka

Penyanyi: K.O.I

✍️ Kera di hutan rimba disusukan

Cucu di teratak kebulur kelaparan

Tiga warna tujuh jiwa sumpah setia

Putih merah sifat niskala suaka


Masa ruang waktu tempat mana dia berlaku

Putih sama biru merah pekat dah membeku

Tarik warna kuning ikat tengkuk tali anjing

Kucing lawan kucing hanya mahu satu loceng

Warna ungu, putih halus, jalan salah yang terlanjur

Kena ingat susun atur bawa dalam susur galur

Mana dia anak bawah yang menyanjung tunduk muka

Kini apa yang ada hanya tubuh ditimbus tanah

Waktu muda mendabik dada

Meninggi bahu melanggar semua di depan mata

Kejar kuasa sampai sanggup menunggu tahun

Kejar nama sampai sanggupnya anak dihukum

Tempatnya ditukar di ingat seketika

Untuk bawa anak anak buah makan besar

Al maklumlah arwah baik orangnya

Suka tolong sama kita untuk tangkap ikan besar


Kera di hutan rimba disusukan

Cucu di teratak kebulur kelaparan

Tiga warna tujuh jiwa sumpah setia

Putih merah sifat niskala suaka


Mula dari Alif sampai Ya ku kebal

Sentiasa positif, kitab aku tebal

Tiga puluh khatam, tanya pada khadam

Memangku pendendam cuma suka diam

Amokku di pendam kalau tak ku tendang

Mereka main tikam, depan dan belakang

Setinggi mana pun, memang tiada ampun

Walaupun serumpun, masih pilih daun

Ey, meneraju ke alam baru

Terus humble la kalau nak maju

Jangan mendongak buat tak malu

Terasa hebat bertindak melulu

Bila menangis mencari bahu

Update media nobody bantu

Dikecam beramai terus membisu

Zaman dia lain, generasi kita berbeza

Kau masih berlampin, minum susu tin sambil baring, oh selesa

Serumpun bak serai, sesusun bak sirih

Macam ombak di pantai bersama pasir berkasih

(2X) 👇

Kera di hutan rimba disusukan

Cucu di teratak kebulur kelaparan

Tiga warna tujuh jiwa sumpah setia

Putih merah sifat niskala suaka


Boleh tonton Music Video Niskala Suaka yang penuh. Rata rata bertanya siapa penyanyi perempuan tu...Hehe.. Sebab dalam muzik video, semua penyanyi bertutup mukanya.  Apa pun, korang kena dengar sendiri untuk faham tentang apa lagu ni. Huhu..

Post a Comment

9 Comments

  1. lirik dia ni padu sungguh, kalau dengar betul betul, mesti kita nampak skt demi skt

    ReplyDelete
  2. Permulaan lagu ni agak seram. Tak berani nak bukak malam2 😅

    ReplyDelete
  3. blm dgr lagu ni.. nti dgr & dtg komen lagi sekali hehe

    ReplyDelete
  4. Sukaaaaaaa lagu iniiii ❤️❤️❤️❤️. Akhirnya bisa dengar lagi lagu perpaduan rap seperti ini. Dan saya suka vokalis wanitanya 😍😍👍. Unik suara dia

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .