Nikmati Keenakan Dinner Buffet kat Renaissance Johor Bahru Hotel! || Suka makan? Suka makan buffet dinner? Teringin Makan buffet Makan malam sekitar Johor Bahru yang berbaloi menu dengan harganya?? Haaa, harini Nona nak ajak korang try dinner kat BLD Cafe, Renaissance Johor Bahru Hotel ni! Benda betul sedap, kena lah share! Hehe.. Sebab kat sini ada menu makan malam yang lazat Dan Bermacam macam jenis menu yang disediakan khusus buat semua! Lagi lagi time weekend, bertambah tambah Banyak menunya!!! Seafood ada, makanan Japan ada, Indian food pun ada! Ehhh, macam macam lah! Kalau korang datang weekend which Jumaat dan Sabtu, siap ada Slipper Lobster tau yang boleh korang cuba!
Nona pilih datang Makan kat Renaissance Johor Bahru Hotel pada hari Jumaat, time weekend sebab tahu kalau weekend (Jumaat Dan Sabtu), station kat bahagian luar tu dibuka dengan pelbagai menu yang sedap sampai bikin teringat ingat selaluuu!
Jom makan!
BBQ Station. Kat sini korang leh nikmati Tenderloin, Lamb Shoulder, Beef Tender, Perchik Chicken and Black Pepper Chicken bersama sama Tamarind Sauce, Thai Chili Infused Sweet Soy Sauce or Smoke Barbecue, or Lemon Wedges and Lemon Butter Sauce! Sedap sangat!
Shell Out.
Mesti try menu shell out ni tau. Nanti ada yang tolong masakkan time tu jugak mengikut pilihan seafood Dan sauce yang kita nak. Haaa, kat sini lah ada slipper Lobster yang aku cakap Awal awal tadi tu! Selain Slipper Lobster, ada jugak Udang Galah, Scallop, Sotong Fresh, Black Mussel, Crayfish, Sea White Prawn, Corn Cob and then Makan ler bersama sama tiga pilihan sauce sama ada Garlic Butter Thyme Sauce, Lemon Butter Sauce or R Sauce Broccoli! Nyummmy!!! Kemain besor size seafood kat situ! Rasa nak repeat Makan benda Allah ni je Banyak Kali tapi Banyak lagi menu lain nak try ni.. Heheh..
Carving Station!
Juicy dagingnya! Ada Slow Roasted Marinated Lamb Leg Bone-in and Lamb Flap beecampur dengan corn Dan lain lain seperti dalam gambo!
Selain daripada menu di atas, terdapat Permas Station (Udang Galah Dan Burung Puyuh), Middle East Station (Mandi Rice and Chicken Grill Kabsah) serta Sweet Station yang menghidangkan Crepe Suzette. Crepe pun Sedap bila dimakan bersama sama aiskrim Vanilla! Aku suka!!!
Next, apa lagi ada?? Jom bawak Masuk dalam:
Beef Lasagna
My favourite! Berlemak! I like!
Ini kat ruangan menu Hot Dishes. Boleh Nampak kat situ ada menu Curry Chicken Pop Corn, Beef Basil Aglio Olio, Chezzy baby Corn with French Bean Dan Baked Korean Chilli Scallop Macam kat bawah ni 🤩
Baked Korean Chilli Scallop
Sedap, terasa cilinya tu...Tapi tak Pedas mana pun.. Just nice!
Steam of the Day haritu ialah Gulai Daging Tetel with Potato. Aku Makan lauk ni bersama sama Nasi Lemon yang ada di ruangan Vegetarian Indian Cuisine😃 Haaa, kalau kat ruangan Vegetarian Indian Cuisine tu, terdapat makanan seperti Paneer Varuvvel, 3 type of Chutney Dan macam Macam lagi!
Selain daripada ruangan 'Hot Dishes' Dan Vegetarian Indian Cuisine, ada Banyak menu lain seperti Asian Cuisine, Chinese Cuisine, Japanese Counter, Noodle Stall And Macam Macam lagi lah!
Di Japanese Counter.
Oh ya! Seafood on Ice pun jangan dilupakan! Berdekatan dengan ruangan Seafood on Ice, ada Salad Bar! Kat situ la aku Makan salad bebanyak acah acah diet...Kahkah! Amek gambo then post watsap, bagitau on diet. Lol!
Di ruangan appetizer, ada "Som Tum" Green Papaya Salad, Vietnamese Manggo Salad, Tossed Shunde Free Range Chicken Dan banyak lagi!
Next, korang Boleh Cuba Miso Soup Dan Tomyum Goong yang dihidangkan kat sini! Rasa rasa nak Makan Mee, pergi kat Noodle Station. Ada Singapore Curry Laksa, Mee Bandung Dan pelbagai jenis lain yang ada. And then bahagian lauk pauk pun dihidangkan lauk yang menggiurkan tekak! Teruja haritu tengok lauk Paru Belado Dan Babat! Aishhh! Terangkat nok!
Dessert time!
Ada satu ruangan yang menempatkan semua dessert termasuk kuih muih Dan buah buahan serta Minuman.. Fuhhh, pelbagai pudding, kek, fruits tart or pie, cookies Taiwan Mochi, Dan kuih muih yang sedap belaka! Rugi tak menjengah ke ruangan desserts kat Renaissance Hotel Johor Bahru ni sebab memang tak mengecewakanlahh! Nak mengopi pun korang leh buat sendiri kopi kat mesin sana, termasuklah ice cream! Ada mesin Ice Cream ye! Hias sendiri aiskrim tu guna bahan bahan yang disediakan!
Burrppp! Syukurlah Makan daripada pukul 6 sampailah lepas Maghrib sambung lagi! Kalau boleh nak Makan sampai hotel tu tutup 😆 Apa yang penting,
Suggested. MUST TRY! Halal Certified! Surau and Parking Available! Waze je Renaissance Hotel Johor Bahru, confirm sampai! Terjah BLD Cafe kat sana Tau!✌️More pictures at Facebook Nona
𝐃𝐈𝐒𝐂𝐎𝐕𝐄𝐑 𝐓𝐇𝐈𝐒 𝐖𝐀𝐘 𝐃𝐈𝐍𝐍𝐄𝐑 𝐁𝐔𝐅𝐅𝐄𝐓 | 𝐀𝐔𝐆 • 𝐒𝐄𝐏𝐓 • 𝐎𝐂𝐓
🗓 Sunday to Thursday
🕰️ 6:30pm to 10:00pm
🏷 RM118 nett per adult
🏷 RM59 nett per children (6 to 12 years old)
🗓 Friday & Saturday
🕰️ 6:30pm to 10:00pm
🏷 RM188 nett per adult
🏷 RM94 nett per children (6 to 12 years old)
✨ 35% discount for Club Renaissance Johor Bahru member
📲 https://wa.me/60177713327
🔗 https://bit.ly/TableAppCafeBLD
🌐 cafebld.com/specials
#cafebld #renaissancejb #discoverthisway #fromthetable
14 Comments
wahhh.. makanan kat sini memang sedap sedap yang teramat sedap. Tapi.. jauh sangat dengan kediaman kite. tak terdaya mengisi diesel nak ke sana..hahaha
ReplyDeleteHahaha..Akakkk..sekali sekala...ayuhlahhhhhh...Ishhh! Hahahaha
DeleteWow marvellous!
ReplyDeleteYa, setuju ♥️
DeleteTerus rasa lapar tengok semua makanan ni. Rasa nak makan semua tu. hihi
ReplyDeleteSila Sila!!!
Deletesedaponye.. pelbagai jenis masakan ada...
ReplyDeleteIye betul tu! Meriahhh!
DeleteTerasa-rasa kari daing tetel tu Nonnn oii.. dapnyaaaa
ReplyDeleteKan! Sedap uiii!!!
DeleteSedapnya
ReplyDeleteEmang sedap! Hehehe
DeleteTeringiiiin sangaaaat 😄😄😍😍😍😍..kapanlah agaknya saya ke Johor yaa...
ReplyDeleteYa, one day boleh try Makan ke sini ya...hehehe
DeleteThank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.
Happy Blogging .