Singgah Majestic Festival Johor 2024 || Terkini! Sedang berlangsungnya event Majestic Festival Johor 2024 di Puteri Harbour, Johor! Aku pergi hari perasmian baru baru ni! And tengok tengok apa yang ada Dan menarik! Banyak jugak benda best! Parking pun Banyak. Kalau Tak larat nak jalan Dari tempat parking, bolehlah naik shuttle bas yang disediakan kat sana. InshaAllah. Selamat semuanya.
Majestic Festival Johor 2024 ini berlangsung pada 28 Ogos 2024 sehingga 1 September 2024. Pelbagai aktiviti, persembahan, pameran Dan jualan yang tersedia. Tidak dilupakan, rumah hantu Lalaland turut memeriahkan suasana! Wuuuuu!
Menteri Besar Johor, Dato Onn Hafiz
Dapat jumpa time hari perasmian Rabu lalu.
Pameran kereta diraja 🤩
Kat sini, pelbagai kenderaan diraja dipamerkan Dan cenderahati berdasarkan negeri Johor dijual. Menarik memangnya! Hehe..
Selain daripada itu, terdapat pelbagai aktiviti seperti pertandingan mewarna kanak kanak, pertunjukan bunga Api di malam Ambang Kemerdekaan, Dan seterusnya Perarakan Kemerdekaan! Jom tengok di bawah:
Banyak band Dan artis yang hadir buat persembahan. Aku sempat tengok Cherpen, Irfan&Barista dan 6thsense buat persembahan haritu. Merdu betul! Konsert FREE pulak~ Memang Layan!
And kalau korang beli kat gerai gerai makanan Dan Minuman, korang ada peluang untuk menang hadiah! Cabutan dibuat pada malam 1/09/2024 Nanti ye!
Perghhh, Macam Macam jualan kat sini! Geram tengok semua sedap sedap ek! Korang kalau nak tahu more pasal vendor apa yang ada kat sana, aktiviti apa ada, artis apa datang Nanti, terjah je Instagram Visit Johor. Dorang rajin jugak menjawab soalan atau ketidakfahaman para pengunjung.. Huhu..
So the last day is esok, 1/09/2024. Ada Perarakan Kemerdekaan Tau! Ops, Perarakan bukan di siang hari tapi malam hari! Confirm best sebab tengok jela pertunjukan bunga Api baru ni pada malam Merdeka, meriah betull kan! Jadi Perarakan Nanti mesti best ni!!! 😍 Tengok jawapan di bawah agar korang tak musykil Dan yakin! Aku rajin tengok IG Stories Visit Johor ni.. Hehe... Contoh Macam tentative untuk hari seterusnya, Mereka dah standby jawapan sesiap for you guys Tau!
Save the date and time!
Mudah ada info clear camni!
With Farahuda! Bukti kami hadir!!! Oh, tag tu, sesiapa yang Masuk nak tengok pameran ni, korang akan dapat that tag tu Tau sepanjang berada dalam tu and kena pulang balik before keluar Dari kawasan pameran tersebut! Jangan terbawak balik sudah! Kekeke...
4 Comments
Kalau uncle melekat kat bahagian kereta tu!
ReplyDeleteWaw 🤩 Terbaik tu 😆
DeleteIsshhhh seruuuu 😍😍😍. Ada rumah hantu juga kak??? Saya pasti masuk kalo ada wahana itu 😄😄👍. Jajanan pun banyak macam yaaa. Pasti bingung nak pilih beli apa
ReplyDeleteWow kereta tu bersinar-sinar tengok. Bestnya event ni. Selain jamu mata, dapat jamu mulut banyak stall makanan sedap-sedap tu.
ReplyDeleteThank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.
Happy Blogging .