Dinner bersama Sepupu kat Sweet Bakery, Masai, JB

Dinner bersama Sepupu kat Sweet Bakery, Masai, JB

Dinner bersama Sepupu kat Sweet Bakery, Masai, JB || Booth Sweet bakery selalu menjadi perhatian dalam mana mana event yang ada mereka. Tak sangka dah ada kedai rupanya ek. Kalau sepupu aku tak bagitau, memang tak survey la tempat ni. Rupanya berdekatan je dengan area sekolah Rendah aku dulu. Aku Sekolah Rendah Masai, Johor dulu.Ada tak readers aku yang sekolah kat situ agaknya? Hai hai lah kalau ada...

Kedainya kecik aje tapi full house! Ramai suka Makan sini gamaknyaa! Bukan setakat menu western, tapi ada jugak menu cucuk cucuk yang sememangnya favouriteku! Tempat cuci tangan ada, tapi toilet tiada Tau! Haaa, make sure alert pasal ni supaya berjaya jaga masa datang sini. Apa yang penting, masakan Dan menunya best kat Sweet Bakery ni 😍

Sweet Bakery

Dimulakan dengan makanan berlidi Gini. Aku suka jenis yang berpulut kat dalamnya. I called it menu cucuk cucuk.. Kahkah!

Sweet Bakery

Wanita bertudung itu owner Sweet Bakery. Cantik Dan ramah orangnya.

Limau suam

Air limau Suam sahaja.

Spaghetti Carbonara

Ini adik aku punya. Carbonara Ayam. Berlemak Dan sedap kata dia! Ya, aku, adik Dan sepupu kami dinner bersama kat Sweet Bakery, Masai ni! Hihi..

Kambing Bakar

Kambing Bakar! Nyumm! Sedapnya datang bersama kuah Melimpah ruah tu Dan salad. Tapi kami order Makan di situ, bukan bungkus. Adikku tak sangka dihidangkan dalam bekas gitu, not pinggan or mangkuk.... Senang nanti nak bawak balik rumah kot! Haha.. Macam tahu tahuu je awak ni!

Aglio Olio

Spaghetti Aglio Olio Nona punya. Sedap, tidak terlalu kering, Mee pun lembut, tak kejung! 

Sweet Bakery Masai

Full House masa kami datang dalam pukul 8 lebih. Kami duduk kat tepi longkang aje. Selamat tak digigit nyamuk ek! Alhamdulillah! Kenyang Dan boleh repeat lagi next time. Parking kena ambil jauh sikit sebab kawasan sini memang lorongnya kecik, tak luas mana ler.. Takpa, dah makan, kan.. Exercise sikit lah! 😆 Bila dah sampai parking, aku baru teringat ada tertinggal makanan yang dah dibungkus, terpaksa hakak Patah balik amek kat kedai tu...Haih cuai~ Apa pun, overall, suggested menu menu kat Sweet Bakery ni ye!


Post a Comment

5 Comments

  1. Semua sedap sedap ni . Tengok sauce carbonara tu nampak creamy

    ReplyDelete
  2. Kenapa kau tak letak alamat dia haaa.. tak bagi aku pergi ekkk hahahahaha

    ReplyDelete
  3. Selamat mendinner selera
    Ombanda tak makan nasik erk

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaa, Makan tapi jarang jarang dah sekarang..

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .