Dinner bersama Sepupu kat Sweet Bakery, Masai, JB || Booth Sweet bakery selalu menjadi perhatian dalam mana mana event yang ada mereka. Tak sangka dah ada kedai rupanya ek. Kalau sepupu aku tak bagitau, memang tak survey la tempat ni. Rupanya berdekatan je dengan area sekolah Rendah aku dulu. Aku Sekolah Rendah Masai, Johor dulu.Ada tak readers aku yang sekolah kat situ agaknya? Hai hai lah kalau ada...
Kedainya kecik aje tapi full house! Ramai suka Makan sini gamaknyaa! Bukan setakat menu western, tapi ada jugak menu cucuk cucuk yang sememangnya favouriteku! Tempat cuci tangan ada, tapi toilet tiada Tau! Haaa, make sure alert pasal ni supaya berjaya jaga masa datang sini. Apa yang penting, masakan Dan menunya best kat Sweet Bakery ni 😍
Dimulakan dengan makanan berlidi Gini. Aku suka jenis yang berpulut kat dalamnya. I called it menu cucuk cucuk.. Kahkah!
Wanita bertudung itu owner Sweet Bakery. Cantik Dan ramah orangnya.
Air limau Suam sahaja.
Ini adik aku punya. Carbonara Ayam. Berlemak Dan sedap kata dia! Ya, aku, adik Dan sepupu kami dinner bersama kat Sweet Bakery, Masai ni! Hihi..
Kambing Bakar! Nyumm! Sedapnya datang bersama kuah Melimpah ruah tu Dan salad. Tapi kami order Makan di situ, bukan bungkus. Adikku tak sangka dihidangkan dalam bekas gitu, not pinggan or mangkuk.... Senang nanti nak bawak balik rumah kot! Haha.. Macam tahu tahuu je awak ni!
Spaghetti Aglio Olio Nona punya. Sedap, tidak terlalu kering, Mee pun lembut, tak kejung!
Full House masa kami datang dalam pukul 8 lebih. Kami duduk kat tepi longkang aje. Selamat tak digigit nyamuk ek! Alhamdulillah! Kenyang Dan boleh repeat lagi next time. Parking kena ambil jauh sikit sebab kawasan sini memang lorongnya kecik, tak luas mana ler.. Takpa, dah makan, kan.. Exercise sikit lah! 😆 Bila dah sampai parking, aku baru teringat ada tertinggal makanan yang dah dibungkus, terpaksa hakak Patah balik amek kat kedai tu...Haih cuai~ Apa pun, overall, suggested menu menu kat Sweet Bakery ni ye!
7 Comments
Semua sedap sedap ni . Tengok sauce carbonara tu nampak creamy
ReplyDeleteA ah, sedappp! Memang creamy creamy gituu~
DeleteKenapa kau tak letak alamat dia haaa.. tak bagi aku pergi ekkk hahahahaha
ReplyDeleteSedapnya semua makanan kat sini
ReplyDeleteSelamat mendinner selera
ReplyDeleteOmbanda tak makan nasik erk
Hahaa, Makan tapi jarang jarang dah sekarang..
DeleteSamalaaah saya pun suka menu cucuk2 itu 😄😄👍. Dan bisa2 kalap beli kak. Semua rasa nak dicoba 🤣
ReplyDeleteThank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.
Happy Blogging .