Salam Maulidurrasul Dan Selamat Hari Malaysia

Salam Maulidurrasul Dan Selamat Hari Malaysia

Salam Maulidurrasul Dan Selamat Hari Malaysia || 12 Rabiulawal jatuh pada 16 September 2024 Tahun ni. Alhamdulillah kita Masih bernyawa untuk berjumpa dengan bulan Rabiulawal Dan Hari Malaysia Tahun nj. Semoga bertemu lagi bulan ini pada Tahun hadapan Dan seterusnya. Aamin! 

Hari Malaysia merupakan hari sempena memperingati penubuhan persekutuan Malaysia pada tarikh yang sama pada tahun 1963. Ianya menandakan penggabungan bersama Tanah Melayu, Sabah, Sarawak dan Singapura bagi membentuk Malaysia. Manakala sambutan Maulidurrasul merupakan antara amalan yang lazim diraikan sebagai salah satu usaha untuk mendidik dan mengingati Rasulullah SAW yang tersayang. Selawat!!

Salam Maulidurrasul 1145H

Freebies by Blogger Farahuda.

Tema sambutan Maulidur Rasul bagi tahun 1446H adalah : “Al-Falah Pemacu Malaysia Madani”.

Jom teruskan berselawat kepada Nabi Muhammad S.A.W bukan sahaja pada harini malah setiap hari!! Kita sentiasa tahu, Banyak syafaat bila sentiasa berselawat kepada Rasulullah S A.W yang tercinta. Biarpun Banyak berbuat Salah Dan dosa, tetaplah berselawat kepada Rasulullah S.A.W 💚 Indahnya bila dah terbiasa basahkan lidah dengan berselawat kepada baginda, kan! Kadang kita terlalai, caci maki yang terkeluo Dari mulut ni..Haip!


Semoga Malaysia Maju Jaya dalam keamanan selalu. Moga Malaysia dilindungi Dan tidak dibenci sesiapa. Semoga Rakyat Malaysia juga baik baik saja semuanya... Aamin!

-Recycle gambar malam Merdeka haritu je- 

Sekali lagi, Salam Maulidurrasul Dan Selamat Hari Malaysia buat semua Rakyat Malaysia!

Notakaki: Company aku dapat sambung cuti! Yess!


Post a Comment

3 Comments

  1. Alhamdulillah masih diberi peluang untuk bernafas lagi & dapat menyambutnya. Semoga negara kita terus aman & kita menjadi ummah yang lebih baik dari sebelumnya.

    Btw Cie ada buat GA jemput la join ye ☺️

    ReplyDelete
  2. Insya-Allah, semoga istiqamah dalam berselawat...
    Alhamdulillah, dapat cuti sambung... Linda kerja esok

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .