Tiga Hari Berturut turut Makan Kenduri Kahwin

Tiga Hari Berturut turut Makan Kenduri Kahwin

Tiga Hari Berturut turut Makan Kenduri Kahwin || Syukur! Selesai majlis kenduri Kahwin Selamat tiga hari Berturut turut. Majlis siapa, majlis Nona ke? Hehehe.. Aamin lah kalau majlisku tapi bukan.. Selamat Pengantin Baru kepada yang baru berkahwin bulan ni. Semoga Allah rahmati perkahwinan yang dibina. Aamin! Harini Takda majlis kenduri Kahwin dah.. Tapi still cuti kerja sebab member dah cover Masuk OT harini. So aku enjoy menikmati hari cuti sebelum naik kerja besok, Rabu. Syoknya rasa bercuti, Malas nak naik kerja ek~

Hari Sabtu lepas, balik Batu Pahat sebab ada kenduri anak kepada sepupu mak aku, next Sunday balik ke sarang sebab jiran lama buat majlis anaknya. Haruslah pergi jugak, and hari Malaysia baru ni ada majlis kenduri Kahwin jiran di kawasan perjiranan terkini. Setiap hari cuma ada satu majlis sahaja, tidaklah sampai Dua tiga empat majlis dalam sehari.. Alhamdulillah! Terima kasih jemputannya.

Kenduri Kahwin

Jemputan Majlis Kahwin Hari Sabtu, 14/09/24.

Sedap semua menu! Ada apam balik, Pisang Goreng, Tempe Dan keledek goreng, Laksa Penang, Mee Kari Dan lauk pauk menu kampung gitu! Ye, menyelerakan! Disebabkan majlis sedara mara, nenek aku Siap mintak tapau Pisang Goreng tu sebab sedap sangat! Dan laksa Penang sebab kekenyangan, saja nak Makan kat rumah Dan bawak sikit tuk maklong aku yang sedang dalam tempoh idah sekarang...

Wedding

Jemputan Majlis Kahwin Hari Ahad, 15/09/24

Special menu, ada kambing bako, mihun soto, croffle Dan aiskrim! Nyumm!!!

Nasi Brianj

Jemputan Majlis Kahwin Hari Isnin, 16 September 24.

Tambahan menu seperti laksa Johor, churous, aiskrim, bakso (sedap!), Dan jugak stall kopi!  Ramai beratur menunggu kopi. Tup tup time aku, dah sold semua! 😅

Conr

Bang, kopi satu bang! To me, it's rare and unik ada stall kopi.. Huhu..

Apa pun, Lega dah settle, usaha jugak tuk hadiri semua invitation wedding. Nona suka kenduri Kahwin tau! Sila jemput saya ye

Notakaki: Esok dah kerja..... 


Post a Comment

3 Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .