Sedekah yang Dibungkus dengan Maruah

Sedekah yang Dibungkus dengan Maruah

Sedekah yang Dibungkus dengan Maruah || Terbaca kat Facebook. Harini aku nak share sebab bagi aku, mesej kemanusiaan yang disampaikan memang menarik. Kejadian ni normal dan serba sedikit membuat aku terasa jugak lah dengan kisah ni sebab memang berlaku dalam kehidupan sendiri. 

Kadang kadang aku tak rasa nak beli barang yang dijual oleh beberapa orang yang kelihatan susah dan sedang duduk di kaki jalan atau depan bank dan lain lain. Aku just senyum (Tanda sedekah, kan) ataupun hulur je duit mengikut jumlah yang aku nak bagi. Tapi kan dalam petikan ni, mesejnya adalah lebih elok lagi jika kita beli barang or makanan yang dijual dan bayar lebih sikit seperti dalam cerita di bawah. Teruskan membaca! 

sedekah

Seorang wanita bertanya pada seorang penjual telur yang sudah tua: "Berapa harga telur-telur ni pakcik jual?"

Orang tua tu jawab, "RM 0.50 sebiji, puan."

Wanita tu jawab balik, “Saya ambik enam biji untuk RM 2.00, kalau tak, saya pergi.”

Pakcik tu jawab, “Beli lah dengan harga yang puan nak. Ini dah cukup baik untuk saya sebab saya belum jual satu biji pun hari ni, dan saya perlukan ni untuk terus hidup.”

Wanita tu pun beli telur dengan harga yang dia tawar tadi dan pergi dengan rasa puas hati, seolah olah dia dah menang~ Selepas tu, dia masuk ke dalam kereta mewah dia dan pergi ke restoran mahal dengan kawan dia. Mereka pesan makanan yang mereka nak. Makan sikit jer, tapi banyak baki yang tinggal (Tak habis makan). Bila nak bayar, jumlah bil RM150, tapi mereka bagi RM200 dan cakap kat pemilik restoran mahal tu supaya simpan baki sebagai tip.. Keep the change!

Cerita ni mungkin nampak biasa bagi pemilik restoran mewah tu, tapi sangat tak adil bagi penjual telur tu. Soalan yang timbul ialah: Kenapa kita selalu nak tunjuk kuasa bila kita beli daripada orang yang memerlukan? Dan kenapa kita murah hati pada orang yang tak memerlukan murah hati kita?? Haaa, faham tak??

Pernah terbaca kat satu tempat, ada seorang ayah suka beli barang dari orang miskin dengan harga yang mahal, walaupun dia tak perlukan barang tu. Kadang-kadang dia bayar lebih lagi. Anak-anak dia pelik dan tanya, “Kenapa ayah buat macam ni?”

Ayah tu jawab, “Ini sedekah yang dibungkus dengan maruah.”

Fuh, menusuk jiwa sekejap! 

Okaylah, Jom semak komen, bagi yang mungkin tak berapa faham atau 'sampai' perkongsian kalini:

Maruah


Sumber: Facebook. Nona just tukar sikit sikit je perkataan..

Post a Comment

0 Comments