Kulit Tampak Berseri Selepas Rawatan Pico Laser di MBH Medispa Flagship Boutique, Johor Bahru (60% OFF) || Pernah pergi spa dan dapatkan rawatan untuk kulit muka? This is my second time in my life, Nona pergi spa untuk kenal pasti masalah kulit wajah, sekaligus memanjakan muka. Hehe.. Baru-baru ni Nona singgah ke MBH Medispa Flagship Boutique, Johor Bahru untuk try rawatan Pico Laser di sini. MBH Medispa merupakan satu-satunya spa yang menyediakan SKIN ANALYSIS & CONSULTATION PERCUMA! Wow!
Nona Bertambah teruja bila tahu terdapat diskaun sebanyak 60% OFF untuk rawatan Pico Laser ni!! Ini bermakna, harga biasa adalah RM400, tapi lepas offer, harganya ialah RM160 sahaja! Fuhh! Banyak tu diskaun!
Lokasi MBH Medispa Flagship Boutique, JB di bahagian tepi paling hujung Dan bersebelahan dengan butik Bulan Bintang ✅
Apa itu Pico Laser?
Ianya sejenis rawatan laser yang menggunakan teknologi pico-sekon untuk memecahkan pigment particle dan mengeluarkannya dari kulit. Ia digunakan untuk memperbaiki tona kulit, menghilangkan tanda-tanda penuaan, dan mengatasi masalah kulit lain, seperti jerawat dan bintik-bintik hitam.
Sesampainya Nona kat sana, ada staff yang ceria menyambut Nona. Sebelum Masuk ke dalam, staff tu suruh pakai selipar yang disediakan Dan register terlebih dahulu. Selain butiran biasa seperti nama, alamat Dan nombor telefon, pelanggan jugak diminta mengisi tentang masalah kulit yang dialami, jenis cleanser Dan lain lain. Ini memudahkan pihak sana untuk lebih memahami permasalahan para pelangann.
Setelah mendaftar, Nona Masuk ke bilik consultation. Beautician akan scan Dan check kulit muka Nona untuk kenal pasti permasalahan pada kulit Dan tahap permasalahan tersebut. Nona pun explain kulit Nona ni ada masa T-zone, sometimes kering betul tambahan pula selalu berada di tempat yang berhabuk. Beautician staff akan check berapa tahap kelembapan kulit kita Dan sebagainya.
PAKEJ RAWATAN DI MBH MEDISPA
Terdapat Banyak pakej murah Dan sesuai dengan bajet yang disediakan namun tiada paksaan dalam pemilhan pakej yang diinginkan individu. Terpulang pada kita.
Bagaimanapun, Nona memilih pakej rawatan Pico Laser ni sebab nak tahu Dan rasai sendiri pakej ni. Hehe..
Jom Masuk bilik rawatan! Simple tapi Bersih Dan selesa. Semestinya ada selimut, tuala Dan tempat menyangkut pakaian untuk kegunaan customer.
Antara gambar semasa pakej rawatan Pico Laser dilakukan.
At first, mereka akan mencuci Dan scrub muka kita. Ish, Bestnya bila muka diurut begitu! Relax je rasa!! Then lepastu Banyak lagi proses yang dilaksanakan. Blackhead Dan whitehead dipecahkan, Masuk dalam mesin seperti di atas Dan lain lain lagi. Bukan terus dilaser muka kita. Ada step by step yang perlu dilalui. Tidak sesimple itu. Agak lama masa yang diambil. Lebih kurang 1 jam lebih kot haritu.. Hehe.. Video time rawatan ada di
Instagram Nona. Memang dapat tengok time whitehead dipecahkan. Fuhhh...
Kelebihan membuat USP- PICO LASER PLUS DI MBH MEDISPA
1. Secara instant result, muka akan nampak glowing selepas rawatan.
2. Pori porinya yg dulunya besar, akan nampak lebih kecil dan muka kelihatan lebih smooth dari sebelumnya.
3. 3 kali ganda jauh lebih baik dan berkesan berbanding laser biasa
4. Satu satunya laser yang tidak memberi kesan pengelupasan (sesuai untuk semua termasuk yang bekerja terik panas matahari)
5. Tiada rasa sakit dan tiada tempoh downtime
6. Non-invasif. Tidak menggunakan suntikan atau pembedahan atau ubat-ubatan
Feedback Nona Mengenai Rawatan Pico Laser di MBH Medispa
Betul, tak rasa sakit langsung Dan takda downtime! Apa itu downtime? Ianya bermaksud pengelupasan selepas rawatan. Ternyata, kulit Nona Nampak merah merah tapi TAK mengelupas pun! So takda lah risau apa apa. Smooth je rasa! Syok pegang muka sendiri! Kahhh! Kulit muka nampak lebih glowing Dari sebelumni. Memang instant resultnya eh!
But for sure, untuk lebih better result, kena jaga skincare selepas rawatan Dan rajin rajin ke spa agar kulit sihat Dan mulus. Ewah!!!
Ini actually bukak sikit mata nak tengok kedudukan kamera. Haha.. Time ni ada rasa muka dah start glowing la.. Huhu..
Selepas settle semua, beautician akan explain tentang penjagaan selepas rawatan. Hanya penekanan tentang skincare je yang Banyak diberitahu..
Iniilah beautician yang melayan saya haritu! Yasmin namanya! Of course Manis orangnya! Hehe . Jangan ditanya single ke tak sebab aku pun tak Tanya dia 😆
CAWANGAN MBH MEDISPA
MBH Medispa Sg Petani
MBH Medispa Temerloh
MBH Medispa Ampang
MBH Skin Expert Nilai
MBH Medispa Melaka
MBH Medispa Batu Pahat
MBH Skin Expert Pontian
MBH Flagship Johor Bahru
MBH Skin Expert Muar
MBH Medispa Bangi
Apa lagi, Jom grab peluang yang ada! Nampak glowing pada 2025 nanti Dan kenal pasti masalah pada kulit korang agar dapat mengatasinya Dari awal. Jangan jadi Macam Nona, Malas punya Malas.. Berkerak muka saya dah..Haha
HARGA PAKEJ RAWATAN PICO PLUS (DISCOUNT 60% OFF)
RM160 (Normal Price RM400)
Sosial Media MBH Medispa;
Lokasi MBH Flagship Boutique Johor
No 3, Jalan Padi Emas 1/5, Bandar Baru Uda, 81200 Johor Bahru, Johor.
Notakaki: Rasa Macam nak buat lagi Nanti before raya..
2 Comments
Bestnya
ReplyDeleteKemain ekk Nona.. cantik berseri sejak bertemu jodoh ni kannn hehehehe
ReplyDeleteThank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.
Happy Blogging .