Lunch kat Restoran Teh O Ice 50cent & Boat Noodle, Gelang Patah, Johor

Lunch kat Restoran Teh O Ice 50cent & Boat Noodle, Gelang Patah, Johor

Lunch kat Restoran Teh O Ice 50cent & Boat Noodle, Gelang Patah, Johor || Ini kisah throwback sebelum member kahwin, kitaorang cuti cuti buat bachelor party la konon...Haha. So last day tu sebelum kembali ke sarang, kami singgah ke Restoran Teh O Ice 50cent & Boat Noodle, Gelang Patah, Johor. Sebenarnya, ada kisah lucu sebelum masuk kedai ni. Itu kami simpan sendiri jela kenangan tersebut. Risau ada yang kecam. Haha.. Kitaorang sampai ngam ngam time lunch lepas checkout. Lapar ler walaupun dah breakfast pagi tu sebab mandi pool di pagi hari.. Menggigil kesejukan..Kihkih.. Tak cerita lagi pasal bachelor party tu ek! Member pun dah selamat berkahwin! HAHA. 

So, sesampainya kami di sana, terus tengok menu. Nak tahu jugak camana rupa teh o ice 50 cent tu sebab aku tak survey kat Google pun sebelum datang sini. Ikut je member suggest.. I kan suka elemen surprise, tak expect pape.. Kahh! Tapi i'm sure, pilihan Khairun mesti tempat yang best! Gituh! She kaki jalan, of course la i trust her!!!

Teh O Ice 50cent

Ngam ngam kosong ruangan yang ada background Gini..Sesuai la dengan aku yang suka ambil gambar dan menggambarkan. Hehe..

Boat Noodle

SLURPPPP! Lama tak makan Boat Noodle! Laju aku ngap! I like! Tak terlalu lama menunggu tapi tak jugak terlalu laju.. Haha.. Biasalah.. lunch hour kan...


Boat Noodle

Ours! Terliur pulak bila nengok balik gambar ni!

Kedai makan johor
This is mine! Nyummy! 

Haa, cenggitu teh o ais 50 cent hangpaa! To me, okay berbaloi. Agak manis woo..Takkan nak expect cawan besar pulak. Kan. HAHA.. Nama makanan aku ialah Boat Noodle Phisek Chicken. Sedap!!! Rasa nak repeat! Aku suka pedas pedas, so aku tambah lah sambal kicap! 

daging harimau menangis
Daging Harimau Menangis tak silap namanya! Padu! Member order!

Restoran Teh O Ice 50cent & Boat Noodle

Ruangan makan kami semasa di sana. Selesa! Ada tandas di ruangan atas ni. Ya, dua tingkat tau tempat makannya!

Banana Caramel
Banana Caramel RM12.50

pulut mangga

Pulut Mangga. Member order, makan beramai ramai. Ehek!

matcha green tea

Minuman kepunyaan member depan tu (Bride to be time ni). Harga air ni lebih RM0.50 okay! Sedap katanya!

menu

Antara price list yang aku snap. Boleh pilih either nak makan dengan Thai Rice Noodle or Spring Noodle yaa.. Nona try Thai Rice Noodle aje..  Korang kalau nak singgah sini, boleh refer alamat di bawah ye..

Alamat Restoran Teh O Ice 50cent & Boat Noodle, Gelang Patah, Johor:
No 58, Jalan Nusaria 11/4, Taman Nusantara, 81550 Gelang Patah, Johor Darul Ta'zim


Notakaki: Alhamdulillah, harini hari ketiga audit FSSC kat tempat kerjaku!






Post a Comment

0 Comments