Makan Makan Minggu Lepas || Hujung Tahun sudah tiba. Bagaimana Azam dietmu? Hahaa.. Aku takda Azam nak kurus pun cuma tak nak semakin berat. Lol. Jom tengok apa aku Makan sepanjang Minggu ni. Saja buat content untuk blog. Apa salahnya kan 😄
Ada Banyak benda nak story tapi sekarang tengah fokus benda lain dan ikut jugak mood setiap hari.. Ni pun dah berapa hari ambil masa nak siapkan satu entri ringkas pasal makanan je pun. Haha.. Adeh.. Maaf kalau kurang berblogwalking.. In case tak fokus mengupdate blog, kita akan gi blogwalking ke rumah lain ye. Hehe.. Terima kasih yang sudi memeriahkan blog picisan saya ni... Jom tengok menu Minggu Lepas. Ada yang sama tak dengan you all? Favourite you all ke? Huhu..Nasi Pattaya
Makan petang merangkap dinner. Lama tak makan! Tiba tiba teringin!
Lauk Sayur Masak urap, ikan Dan fish ball!
Meraikan dapat Masuk kerja half day pada hari Sabtu setelah 9 Tahun bekerja sini. Makan kat kantin tempat kerja je...Hahaa..Ni dah kira sedap la bagi aku...
Ikan Masak Asam. Sedap! Masam masam gitu!
Nampak biasa tapi daku sendiri rasa sedap!
Chicken chop, antara menu special la kat tempat kerja aku hari Khamis lepas. So apa lagi, support Dan try la..Kalau sedap, leh try lagi akan datang..kan!So far, lembut dan blackpepper sauce tu sedappp!!
Nasi Putih Dan telur bungkus. Masa ni hantar barang bantuan untuk mangsa banjir. Tempatnya kat kedai makan. Haruslah makan dulu sebab baru balik kerja.. Kelaparan betul ui!
Hot Plate Yee Mee Chicken with Telur Ayam! Ngeee! Sangat sedap dan menyelerakan! Makan time time lepas hujan..Fuhhh!!! Meledak! Dah lama tak makan ni, alang-alang dah jumpa, kita order ni. Kemain dari pagi tak nak makan nasi or mee. Kuih berapa ketul.. Tiba waktu petang...Haaaa.. Berlemak lahh! Haha! Ni sekaligus dengan dinner saya pada hari tersebut ya.
So, tengah makan apa tu??
7 Comments
apa ni , menayang makanan sedap je
ReplyDeleteHahaa..Sesekali ler...Makan apa harini??
DeleteSayur masak urap, sedapnya.
ReplyDeleteBetul..Sedap!!
DeleteAlah! Alah! Feberet ibu tu lapar plak tgk menu ni malam²
ReplyDeleteYang mana satu tu favourite ibuuu..Hehehe..
Deletenampak sedapnye yee mee tu
ReplyDeleteThank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.
Happy Blogging .