Happy New Year 2025 Dan Salam Rejab 1446H || Alhamdulillah! Masih bernyawa pada harini. Dapat jugak berjumpa dengan Tahun 2025. Semoga dipanjangkan usia ke Tahun 2026 Dan seterusnya. InshaAllah! Al Fatihah buat yang sudah pergi meninggalkan kita, dan tidak dapat bersama kita pada Tahun baru ni.
Salam Rejab jugak buat umat Islam. Semoga dipanjangkan usia ke bulan Syaaban Dan seterusnya..Aamin! Tak lama lagi dah nak Ramadan dah.. Cepat je masa berlalu.
Semoga pada Tahun 2025 ni, Nona dilindungi Allah, dilimpahkan rezeki, kuat jiwa, semangat Dan mindanya, sihat tubuh badan, dipermudahkan urusan dalam pekerjaan, dikurniakan kesabaran menghadapi apa jua kesulitan Dan kesusahan yang berlaku dalam kehidupan.. Aamin ya Rabb!
Saya doakan korang juga Moga yang baik baik buat kalian dalam kehidupan di Dunia Dan Akhirat. Aamin. Azam Tahun baru? Rahsia tapi untuk blog, saya nak capai KPI Tahun ni! No matter what! Last year tak capai KPI. Hahaha.. Betullah, berubah tu Senang tapi istiqamah tu susah.. Contoh harini cakap, nak update blog sebanyak 365 entri untuk 365 hari tapi hujung hujung..kelaut...Aisey!
Sesungguhnya hidup ini tidak selalunya indah tapi tetap ada manis terselit.. Hargai yang Masih ada. Hargai diri sendiri. InshaAllah! Kita merancang Dan berdoa, Allah jua Penentu Takdir yang terbaik! Let say Hello 2025! Please be nice to me yeah!
Jom sama sama buat amalan lebih pada bulan Rejab ni. Iniilah persediaan menuju Ramadan! Kita semua boleh buat yang Terbaik! Ini hidup kita! Tibber 😆
Notakaki: Selamat berbuka puasa bagi yang berpuasa pada 1 Rejab ni ye..
7 Comments
Selamat Tahun Baru Miss Nona..
ReplyDeleteHarini buka pose Laksa Johor hahahaha
Selamat tahun baru. Semoga tahun ni dilimpahi rezeki.
ReplyDeleteSelamat tahun baru nona dan salam 1 Rejab. Semoga Allah swt makbulkan semua doa yang baik2 untuk nona. In syaa Allah! Aamin!
ReplyDeleteAamin ya Rabb! Thank youuu!!
DeleteSalam Tahun Baru 2025... Itulah pejam celik dah Rejab.. Ramadhan menanti corner sahaja... Sehari satu posting isnyallah boleh tu.. kalau terlepas sehari kena qadha balik la nak bagi cukup hahaha
ReplyDeleteHaha..Betul jugak tu ye...Kena Cuba jugak sehari satu entri walaupun ringkas!
Deletesalam rejab & happy new year!!!
ReplyDeleteThank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.
Happy Blogging .