Iftar 2025 dengan Sajian Lagenda Buffet Break Fast Ponderosa Golf & Country Club (Johor Bahru)

Iftar 2025 dengan Sajian Lagenda Buffet Break Fast Ponderosa Golf & Country Club (Johor Bahru)

Iftar 2025 dengan Sajian Lagenda Buffet Break Fast Ponderosa Golf & Country Club (Johor Bahru) || Iftar 2025 di Club Golf?! Jom cuba Sajian Lagenda Buffet Break Fast Panderosa Golf&Country Club yang menyajikan pelbagai juadah untuk waktu berbuka puasa Nanti. Harganya murah dan berbalo baloi! Sekiranya korang book promo harga early bird, lagi murahhh jadiknya! Bawak insan kesayangan korang makan sini, mesti dorang pun suka! Cuma tempatnya Tidaklah beraircond. Dapat angin sepoi sepoi gitu~

Pelbagai lauk pauk yang ada. Bukan setakat lauk Pauk, Ayam, udang, sotong Dan Kambing Bako pun ada ye! Jom scroll lagi tengok apa ada..

Kambing Varuval

Kambing Varuval

Nona suka betul Kambing Varuval kat sini!  Lembut, rasa nak tambah Banyak Kali! 😆 Sejujurnya, memang Makan Bertambah tambah dengan lauk Kambing Varuval Nan satu ni..Hehe.. Korang kena try Tau! Jangan risau, nasi mesti ada! 🤩

Udang

Iftar 2025

Selain Kambing Varuval Dan lauk pauk lain, ada juga Nasi Kabuli Ayam, Murtabak, Shawarma, Mee Kari, Yong Tau Foo, Nasi Ayam, Pau, ABC, Aneka Kerabu dan Kuih Muih serta Macam Macam lagi lahhh dihidangkan buat para tetamj yang datang beriftar ke sini.

Gerai Nasi Ayam

Haa, Nanti korang jumpa gerainya seperti itulah kat sana.. Ada stall Nasi Ayam, Mee Kari, Mee Sup, Shawarma Dan Banyak lagi. 

Steamboat

Pilihlah sama nak goreng atau rebus biasa je. Pilihan sauce bukan setakat Dua, tiga jenis je tapi lebih daripada Lima jenis/ pilihan sauce yang diberi!

Murtabak

Isi Murtabak penuh Dan sedap!

ABC

Penutup berbuka puasa, hirup ABC dulu! Takut teringat ingat kalau tak try ABC nya. .

Ponderosa Golf Resort

Jemputlah datang ye awak yang terbaca entri ni..
Sebelum pulang, bergambar dengan Puan Mira Dan Sis Lin dulu...

‼️HARGA OFFER, EARLY BIRD! Kalau uolz book awal, Dari tarikh 1-28 Februari, uolz boleh dapat harga serendah RM68 sahaja untuk seorang! Memang lebih berbaloi tau dengan harga Early Bird!!! Tapi ada minimum kuantiti orang, minimum datang 10 orang, baru dapat harga early bird promo yang ditawarkan ye!

Sajian Lagenda Buffet Break Fast Ponderosa Golf & Country Club (Johor Bahru) 

📍PONDEROSA GOLF & COUNTRY CLUB, JOHOR
🗓️ TARIKH: 5 Mac - 26 Mac 2025
🕕 MASA: 6.30 pm to 9.30 pm)

💥 EARLY BIRD PROMO GROUP
(Minimum 10 orang) 💥
💵RM68 nett per person
‼️Book dari 1-28 Februari 2025 dengan deposit 50% sahaja!

Harga Normal
📌Weekdays
💵RM78 dewasa
💵RM48 kanak-kanak

📌Weekend( Sabtu-Ahad)
💵RM98 dewasa
💵RM48 kanak-kanak

Bagi Warga emas: RM68

Untuk keterangan lanjut dan tempahan bufet Ramadan, sila hubungi:
📱019 790 0058
📱019 779 9841
📥enquiry@ponderosagolf.com

Haaaa, apa lagi? Cepat book yours!  
✨ Surau Dan parking FREE disediakan



Post a Comment

2 Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .