Jangan Main Main dengan Qada' Solat

Jangan Main Main dengan Qada' Solat

Jangan Main Main dengan Qada' Solat || Solat fardhu merupakan rukun Islam yang kelima. Ini bererti, semua muslimin Dan muslimat wajib mendirikannya sehari sebanyak 5 kali iaitu waktu Subuh, Zuhur, Asar, Maghrib Dan Isyak. Jika meninggalkannya, maka perlulah Qada' solat tersebut. Inilah suruhan Allah Taala. Lakukan sebaik yang mungkin. Solat sunat tidak perlu diqada. Posting harini bagi mengingatkan diri Nona jugak tentangnya. Jangan liat nak qada kalau dah tertinggal tuu.. Ada jugak yang sengaja meninggalkannya atas asbab tempat kerja takda disediakan tempat solat (Kerja luar negara). Wajib awak mengqada' nya okay..

Qada' Solat bererti menggantikan solat yang tertinggal atau ditinggalkan Secara sengaja atau tidak sengaja. Fahami ayat di bawah, sumber dari Google:

إِنَّ الصَّلَاةَ كَانَتْ عَلَى الْمُؤْمِنِينَ كِتَابًا مَوْقُوتًا

Bermaksud: Sesungguhnya sembahyang itu adalah satu ketetapan yang diwajibkan atas orang-orang yang beriman, yang tertentu waktunya.

Surah al-Nisa (103)

Jika seseorang itu meninggalkan solat yang telah dipertanggungjawabkan ke atasnya, maka wajib bagi dirinya untuk menggantikan solat tersebut sama ada dia meninggalkannya dengan sengaja ataupun atas sebab keuzuran. Hal ini berdasarkan hadis nabi SAW:

مَنْ نَسِيَ صَلاَةً فَلْيُصَلِّ إِذَا ذَكَرَهَا، لاَ كَفَّارَةَ لَهَا إِلَّا ذَلِكَ

Bermaksud: Sesiapa yang terlupa (menunaikan) satu solat maka hendaklah dia solat (sebagai ganti) sekiranya dia teringat solat itu. Tidak ada kafarah bagi solat itu melainkan itu (menggantikannya semula).

Riwayat al-Bukhari (597

Lepastu, Nona terjumpa satu petikan ini di Facebook mengenai jangan main main dengan Qodho Solat. So harini Nona share sikit petikan tersebut maka selebihnya, bolehlah baca di Facebook beliau tentang Qada' Solat. 

JANGAN MAIN MAIN DENGAN QODHO SOLAT

Kalau kita banyak meninggalkan solat fardhu yang diwajibkan keatas kita setelah baligh sejak zaman jahil kita, mulakan sekarang dan jangan bertangguh untuk qada' solat yang kita tinggalkan disamping bertaubat kerana meninggalkan solat fardhu adalah dosa besar yang berterusan dan bertali arus sampai mati jika kita tidak bertindak dengan segera untuk menghentikannya!

Bagi menghentikan dosa besar dan untuk  diampuni Allah dosa besar ini, kita wajib bertaubat dengan taubat nasuha. Yakni taubat yang sungguh sungguh. 

Antara syarat taubat yang wajib kita buat adalah insaf dan berazam supaya kita tidak akan meninggalkan solat fardhu lagi. Kemudian mengqada’ semua solat solat fardhu yang pernah ditinggalkan dahulu meskipun sudah bertahun tahun lamanya..

Andai dulu kita solat fardhu tanpa ilmu dan hanya mengikut ngikut orang saja [taklid] maka mulakan belajar fardhu ain. Perbaiki setiap inci dari hukum hakam solat itu dari mula bersuci seterusnya kepada solat itu sendiri.

Ini penting, kerana berkata ulama’, beramal tanpa ilmu, amal tertolak. 

Ini bukan bermakna kena khatam ilmu dulu baru bersolat. Tidak begitu. Bersolatlah seperti biasa disamping kita belajar. Orang yang belajar disamping beramal, walaupun silap, tidak dikira dosa. Dan amalnya inshaAllah diterima Allah.

Orang yang banyak meninggalkan solat fardhu, janganlah membuang masa untuk bersolat sunat, kerana mengqodho’ solat fardhu itu lebih penting lagi sebagai tanda taubat kita. 

Solat fardhu yang diqadha’ ini berganda pahalanya berbanding solat sunat. Malah solat fardhu yang pernah kita tinggalkan tanpa qodho’ akan disoal sekiranya kita tidak lakukannya tetapi solat sunat tidak disoal malah akan tertolak solatnya andai solat fardhu qodho itu masih tidak diganti.

Saidina Umar al-Khattab R.A pernah berkata:

حَاسِبُوا أَنْفُسَكُمْ قَبْلَ أَنْ تُحَاسَبُوا وَتَزَيّنُوا لِلْعَرْضِ الأَكْبَرِ وَإِنّمَا يَخِفّ الْحَسَابُ يَوْمَ القِيَامَةِ عَلَى مَنْ حَاسَبَ نَفْسَهُ في الدّنْيَا

Hisablah diri kamu sebelum kamu dihisab. Dan berhiaslah untuk hari pembentangan yang agung. Sesungguhnya ringanlah penghisaban di hari Akhirat bagi sesiapa yang telah menghisab dirinya di dunia.”

(Lihat Tuhfah al-Ahwazi, 7/156)

Barakallahu feekum. Petikan penuh di Facebook:

Niat Solat Qada untuk Setiap Waktu Solat Fardhu

Qada Solat

Semoga kita semua dapat menunaikan solat tanpa meninggalkannya. Jika tertinggal, semoga berkesempatan menggantikannya tanpa gagal. InshaAllah!



Post a Comment

6 Comments

  1. Tq ingatkan. Hari ini kebetulan terfikir adakah amal ibadah diterima Allah. Terus rasa takut.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Allahu.. Takut jugak rasa... Buat bebanyak, tak tahu mana yang diterima
      .tapi tetaplah kita kena laksanakannya.. Kan

      Delete
  2. Salah satu azam setiap tahun... Semoga Allah terima semua amal ibadat kita.. Aamin2

    ReplyDelete
  3. Terima kasih Nona atas perkongsian mmg kita perlu mulakan dari sekarang Qada Solat dan juga puasa. Kita pun tak tahu kan mana solat dan puasa kita yg masih tidak diganti lagi tambah waktu zaman2 Jahilliah dulu. In syaa Allah! Boleh dimulakan sekarang. ;)

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .