Meriah Berbuka Puasa 2025 dengan 'Gempita Ramadan' Renaissance Iftar Buffet, Renaissance JB, Hotel

Meriah Berbuka Puasa 2025 dengan 'Gempita Ramadan' Renaissance Iftar Buffet, Renaissance JB, Hotel

Meriah Berbuka Puasa 2025 dengan 'Gempita Ramadan' Renaissance Iftar Buffet, Renaissance JB, Hotel || Orang JB mencari cari buffet Ramadan 2025? Jom try sini, Renaissance JB Hotel! Bertemakan 'Gempita Ramadan', pelbagai menu disajikan dari menu tradisional sampai ke menu international khusus buat para tetamu yang hadir. Bila nampak semua makanan, fuh, tak tahu nak makan mana dulu sebab nampak semua menggiurkan! Makanan berat sampai ke dessert, terliur kita! 

Pelbagai lauk pauk sama ada lauk ayam, sayur sayuran, atau makanan laut, western menu, Murtabak, Yong Tau Foo, Pasembor, Rojak, dan banyak lagi! Terlebih dahulu aku kena ingatkan, menu kat sini berubah setiap hari according to availability and rotation basis ye.

Sup Tulang Merah

Istimewa Ramadan kalini ialah kehadiran Nona! Eh gurau je! Haha.. Kehadiran insan yang berpengalaman luas dalam hal ehwal dunia masakan iaitu Sheila Rusly dan Food Content Creator, Zam Akmal! Dorang bukan datang saja saja meriahkan suasana tapi demi para tetamu yang dikasihi, mereka turun padang masak sendiri menu special! Jangan lepaskan peluang merasa air tangan Sheila Rusly, Nasi Daun Jeruk, manakala Zam Akmal dengan Daging Goreng Berempah.

Sheila Rusly

Menu Nasi Daun jeruk ni inspired semasa beliau travel ke Jogja sebelumni. Bau nasinya wangi! Secukup rasa! I like! And then bolehlah makan dengan apa apa lauk yang disukai, serta lauk lauk lain yang ada. Menu Nasi Daun Jeruk ni turut berada di Restoran Siang Malam milik Sheila Rusly (Ada yang dah singgah sana ke? Hehe)..

Walaubagaimanapun, Sheila Rusly akan berada di Renaissance Hotel JB hanya pada 7,8,21&22 March sahaja manakala Zam berada pada 14,25,28&29 March 2025 nanti ✍️ Bukanlah setiap hari. Tapi buffet Ramadan kat sini, ada je setiap hari sepaniang Ramadan! Jom tengok serba sikit apa yang ada untuk berbuka puasa nanti..

Udang Galah

Udang Galah Goreng Berempah
Ini suggested! Rangup! You guys must try it okayh!

Di bahagian dalam, terdapat menu seperti Lemang dan Ketupat, Baked Giant Fish, Sambal Ikan Bilis Petai,  Roasted Whole Lambt with Condiment, Sup Tulang Daging Merah, Lamb Chop, Ayam Masak Kicap, Sambal Goreng Pengantin dan banyak lagi!

Udang Sambal Petai

Udang Sambal Petai

Selain udang sambal petai, lauk lain dalam guulai kawah: Gulai Tetel Nangka Muda, Asam Pedas Ikan Pari, Kambing Rendang Cili Padi, Ayam Goreng Belado Hijau dan Pisang Muda Masak Lemak Daun Selasih.

Baked Giant Fish

Baked Giant Fish

Daging Goreng Berempah

Ulam ulaman

Aneka ulam ulaman dan ikan masin. Nyum! Try la gado gado kat sini! Buah buahan dan dessert pun banyak disediakan khusus buat tetamu pelbagai usia. Aneka bubur seperti bubur kacang merah, pengat pisang dan lain lain kuih muih pasti membuka selera time berbuka puasa nanti!

Lamb

Fuh, meleleh air liur tengok balik gambar. Macam kena datang la Ramadan nanti ni! Overal, aku suka menu kat sini, tak kira menu kampung ke, tradisional ke..ataupun lain lain.. Paling penting bila Nona makan, daging kena lembut, juicy, nasi dan lauk pauk pun kena sedap secukup rasa, barulah ngam dan berbaloi bayar! Setakat Nona try baru ni, menu kat sini tak mengecewakan seketul Nona!

Apam Balik

I'm not Apam Balik lover tapi sebab kat sini punya ada rangup rangup, not too teball, aku suka lah. Ini ikut tekak I kan~

Korang jangan lupa makan Udang Galah, Baked Giant Fish, Sup Tulang Merah, lauk dalam kawah dan Nasi Daun Jeruk tu! Kalau nak sebut semua, banyak sangat pulak... So Kena pergi, tengok Dan rasa sendiri! Gambar lain kat Facebook Nona

Okaylah korang, jom plan berbuka kat sini, rasai kelazatan air tangan chef! Oh ya, setiap kali korang berbuka kat sini, nanti korang dapat gift sambal hijau sebotol. Boleh buat makan bersahur besoknya 😁 
Renaissance JB Hotel

GEMPITA RAMADAN RENAISSANCE 

✨Tarikh: 1 March-30 March 2025
✨Masa: 0630PM
✨Harga:
RM198 per adult/dewasa
RM99 per child/kanak kanak kanak

🔥EARLY BIRD PROMOTION
Purchase Date:-
20 January until 25 February 20 25 (Buy 10, Get 1 Complimentary)

✨ RENTASTIC DEAL
Purchase Date:-
20 January-25 February 2025
Buy 10, Get 2 Complimentary

Dinner Date: 
Valid until 09 March 2025

OR 15% Discount for Club Renaissance Johor Bahru Member

OR 10% Discount for Marriot Bonvoy Member

OR 10% Discount for Maybank & Standard Chartered Bank Card Holder

Untuk membuat tempahan sila ke: 
📲 : +6017-7713327 (Whatsapp)
☎️ : +6073813322
💻 Online Booking Platform : https://bit.ly/TableAppCafeBLD



Post a Comment

3 Comments

  1. Tu dia... dah mula juadah berbuka puasa diperkenalkan di hotel hotel la ni.. kena booking awal utk dptkan harga early bird :D

    ReplyDelete
  2. Waahhh Sheila ketuk2 ramadhan ada laa

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .