MUARA Ramadan Buffet Dinner 2025 Bertemakan Menu Nusantara

MUARA Ramadan Buffet Dinner 2025 Bertemakan Menu Nusantara

MUARA Ramadan Buffet Dinner 2025 Bertemakan Menu Nusantara || Ramadan bakal menjelma pada bulan Mac 2025 nanti. Jom 2025 ni berbuka puasa di tepian muara! Tempatnya selesa, tenang je view kat sini.. Nak OOTD pun sesuai. Healing kejap tengok view. Healing kejap tengok pepokok. 

Terdapat tiga pakej yang disediakan pada bulan Ramadan nanti. Depends pada korang nak pakej mana TAPI Lagi syok ada OFFER ni: Tempahan terawal yang dibuat pada tiga hari Pertama Ramadan (Maknanya korang datang Makan pada 1-3 Ramadan), Buffet Makan sepuasnyaaa cuma RM50 sahaja untuk dewasa manakala RM25 untuk Kanak Kanak & OKU! Wow! Makanlah banyak mana pun, sesuka hatimu, harganya murah saja untuk tiga hari pertama Ramadan! Nona try Makan pakej A, so Jom Nona share menu pada hari tersebut!

Muara Steamboat & Grill

Antara menu Nusantara yang disediakan ialah Nasi Minyak, Ayam Goreng Berempah, Ayam Rendang, Ayam Sweet& Sour, Daging Lada Hitam, Gulai Kambing, Ikan Tongkol Sambal bakar, Udang Masak Lemak Cili Api, Pucuk Paku Masak Lemak Putih, Gado Gado, Popia Carbonara dan Banyak lagi!

MENU SPECIAL: Daging Striploin dan Kambing Panggang ❣️

Ramadan

Buffet Dinner

Dinner Buffet

TIGA Pakej Buffet Ramadan di MUARA Steamboat & Grill

 PAKEJ A
Bufet Makan Sepuasnya (Menu Nusantara)
💫Harga Hari Biasa (Isnin-Khamis)
RM88++ Dewas 
RM44++ Kanak² & OKU
RM66++ Warga Emas

💫 Harga Hujung Minggu (Jumaat-Ahad)
RM98++ Dewas 
RM49++ Kanak² & OKU
RM73++ Warga Emas

🌟 PAKEJ B
Stimbot Makan Sepuasnya + Set Dulang Nasi Arab Ayam Mandy
💫 Harga Hari Biasa (Isnin-Khamis)
RM88++ Dewas 
RM44++ Kanak² & OKU
RM66++ Warga Emas

💫 Harga Weekend (Jumaat-Ahad)
RM98++ Dewas 
RM49++ Kanak² & OKU
RM66++ Warga Emas

🌟 PAKEJ C
Stimbot Makan Sepuasnya + Set Dulang Nasi Arab Ayam Mandy + Set BBQ
💫 Harga Hari Biasa (Isnin-Khamis)
RM138++ Dewas 
RM69++ Kanak² & OKU
RM66++ Warga Emas

💫 Harga Weekend (Jumaat-Ahad)
RM148++ Dewas 
RM74++ Kanak² & OKU
RM66++ Warga Emas

Untuk menempah, sila hubungi:
Muara Steamboat & Grill
019-446 1665
🔥 PERCUMA Bilik VVIP bagi tempahan Pakej C bergantung kepada kekosongan. 


DIULANG‼️Tempahan Terawal ~ 3 Hari Pertama (1-3 Ramadan)
Bufet makan sepuasnya 
RM50++ Dewasa & Warga Emas
RM25 ++ Kanak² & OKU

🔥 Stimbot makan sepuasnya - Diskaun 20% untuk semua pakej! 

Muara Steamboat

Popia Carbonara

My favourite. Agak kering tapi isinya berasa 

Kaswi

Air Katira

Nyumm! Lepas minum air Katira, try Cocktail Buah pulak lah..

Temulawak

Dalam hall Temulawak ada buffetnya.


🔥Buffet Ramadan 2025 MUARA Steamboat & Grill
 🗓️1 - 27 March 2025
🕡 6.30pm - 9.30pm
📍Muara Steamboat & Grill (Dalam Dewan Temulawak)

Alamat: C1 Blok, Persiaran Senibong, 81750 Masai, Johor.

🕌 Surau disediakan
🚗 FREE Parking Disediakan

#muarasteamboatandgrill #buffetramadanjb #buffetramadanjb2025


Post a Comment

0 Comments