Enaknya Berbuka Puasa dengan 'Santapan Rasa Paragon' Buffet Ramadan, Grand Paragon Hotel, Johor Bahru || Ramadan Tiba! Bulan Ramadan 2025 kalini Nona nak share satu tempat berbuka puasa yang pastinya meninggalkan kenangan manis kepada para pengunjung. 'Santapan Rasa Paragon' Buffet Ramadan di Grand Paragon Hotel, Johor Bahru menyajikan pelbagai sajian juadah masakan ala ala kampung dan fusion yang enak! Terdapat lebih daripada 100 jenis hidangan setiap hari! (Rotation Menu ya).
Hidangan bermula dari hidangan panas dan sejuk, hidangan utama yang sedap, pencuci mulut, dan minuman pelbagai jenis. Bila dah namanya menu fusion tu of course lain dari yang lain ler tapi sedap dan kena dengan tekak!
Hi, aku suggest korang datang berbuka puasa kat sini tau sebab sedap! Kenapa aku cakap sedap, dan apa favourite aku? Scroll lagik!
MENU ISTIMEWA SANTAPAN RASA PARAGON BUFFET RAMADAN
- Kambing Panggang Kuzi bersama Nasi Kabsha & Telur Rebus Saffron
- Ikan Siakap Goreng Laici Ala Thai
- Sup Utara Berempah (Daging, Paru, Tulang dan Perut)
- Chinese Beef Bread
- Sup Tulang Merah Bersama Roti Perancis
- Daging Bakar Bandung
- Udang Bakar Torpedo Bersama Duo Cheese
- Itik Salai Masak Lemak Cili Padi (kawah)
- Ayam Bakar Bawang Putih Bersama Taragon Masala Berkrim
- Nasi Briyani Dum Bersama Kambing Hyderabad
Daging Bakar Bandung
Sotong Sumbat Perchik
This one memang kegemaran aku lah kat sini. Sedap namatey sangat! Rasa tak sesia datang kalau makanan enak begini ❤️
Itik Salai Masak Lemak Cili Padi (Kawah)
MENU LAIN SANTAPAN RASA PARAGON BUFET RAMADAN
- Sambal Pucuk Paku Kerang
- Bubur Lambuk
- Ulam Ulaman dan Sayur sayuran
- Aneka Kerabu dan Salad
- Kuih Muih
- Buah buahan dan anek dessert seperti Aiskrim, dan kek
- Dodol dan Tapai
- Siput Sedut Masak Sambal dan Batang Keladi
Ayam Korean Crispy jangan dilupakan!
Kuih Bakar Pandan dan Kuih Cara Berlauk Cermai
REVIEW DARI HATI
Makanan kat sini not bad, menepati citarasa seorang Nona. Menu yang di fusion kan pun ngam dengan tekak. Contoh, menu Ikan Siakap dengan Laici Ala Thai.. Memula rasa pelik tapi bila dimakan semua, ada manis manis pedas manja gitu. Ehh, okay la..Cuma kalau takleh telan buah laici dengan makanan berlauk gitu,.makan jela ikannya..Lembut ui isinya....Memang kena try! Sup Tulang Merah kat sini pun sedap, cukup rasa! Bubur lambuk pun sedap, kalau tak fikir nak makan benda lain, memang bertambah aje makan bubur lambuk tu..Ihiks!
HARGA EARLY BIRD PROMO BUFFET RAMADAN SANTAPAN RASA PARAGON
(PERLU Buat Pembelian sebelum 1 Mac 2025)
Dewasa - RM130 nett
HARGA BIASA BUFFET RAMADAN SANTAPAN RASA PARAGON
Dewasa - RM160 nett
Warga Emas - RM115 nett (60 years & above)
Kanak-kanak (5 - 11 tahun) RM80 nett
TAWARAN EKSKLUSIF!
Dewasa - RM115 nett
(Dine in minggu pertama Ramadan 3 - 6 Mac 2025, terhad kepada 50 orang sehari)
PAKEJ BILIK EKSKLUSIF (3 - 29 Mac 2025)
Deluxe Room - RM490 (2 hari 1 malam)
Termasuk Sarapan Pagi atau Sahur & Buffet Ramadan untuk 2 orang dewasa.
Lanjutan tempoh penginapan - RM230 (2 hari 1 malam) Termasuk Sarapan Pagi atau Sahur untuk 2 orang dewasa.
Tempahan & Pertanyaan
📞 016-733 7363
☎ +607-2685255
📩 info@grandparagonhotel.com.my
ALAMAT GRAND PARAGON HOTEL
📍 18, Jalan Harimau, Taman Century, 80250 Johor Bahru, Johor
SOSIAL MEDIA GRAND PARAGON HOTEL
Website:
Facebook:
Instagram:
1 Comments
curious pula rasa ikan siakap goreng laici tu
ReplyDeleteThank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.
Happy Blogging .