IFTAR 2025 DENGAN BUFFET MURAH: IFTAR CITARASA NUSANTARA, FBI BAYU EVENT HALL, JB

IFTAR 2025 DENGAN BUFFET MURAH: IFTAR CITARASA NUSANTARA, FBI BAYU EVENT HALL, JB

IFTAR 2025 DENGAN BUFFET MURAH: IFTAR CITARASA NUSANTARA, FBI BAYU EVENT HALL, JB || Orang sekitar Pasir Gudang mencari cari buffet Ramadan 2025 yang murah tapi ada pelbagai jenis lauk pauk? Nak kambing bako jugak? Ada! Juadahnya simple (menu dari Malaysia dan Indonesia) tapi mencukupi dan sesuai dengan harga. Murah pun murah! Lagi berbaloi kalau korang beli harga Early Bird, lebih jimat gituh! Lauk istimewa yang korang kena try ialah Kambing Bakar, Serawa Durian, dan Gulai Daging Resipi Bonda.

Selain itu, Juadah lain ialah Udang Masak Butter, Ayam Masak Merah, Paru Belado, Laksa Johor, Gado-Gado, Bubur Lambuk, Goreng-Gorengan, Aneka Kuih Muih, Desserts seperti Aiskrim dan lain-lain! Nasi? Fuh, bukan sejenis sahaja. Ada nasi tomato dan jagung jugak! Kiranya sesuai untuk semua golongan sama ada dewasa mahupun kanak-kanak. Harga marhaen je.. Takkan tidak, kan?!

Bayu Marina

This is my first time datang sini walaupun dekat je dengan rumah

BUFET Ramadan 2025

See, banyak kan lauk pauk yang tersedia.

Daging Masak Kicap

Selain daging masak kicap ni, ada jugak Ayam Masak Merah, Ayam Madu dan Ayam Goreng Berempah!

Kambing Bakar

Kambing Bakar!

Siput Sedut Masak Lemak

Siput Sedut pun ada. Antara Lauk yang aku suka kat sini ialah paru! Korang kena try bila beriftar kat sini tau! Lembut je! Lauk sayur pun ada. Bukan setakat lauk Ayam, seafood Dan daging aje.. Bagi aku, menu simple tapi mencukupi Dan mengenyangkan. Kalau boleh, awal awal Makan tu dah ambil Banyak benda. In case lambat Makan, ada menu yang tak ditopap Banyak Kali. Melepas Nanti kang.. Hehe..

BUFET Ramadan JB

Nampak tak, jeruk pun ada kat situ.. Hehe...

Pulut Serawa Durian

Pulut Serawa Durian.
To me, yang ini just nice rasanya. Not too sweet la..

Kuih Muih

Aneka Kuih Muih serta desserts turut membuat waktu iftar kita terasa cukup Dan mengenyangkan! 🤩 Aiskrim batang pun ada wooo! Jangan lupa suruh anak anak ambil Dan Makan semua..Hiks!!

Apa pun, Alhamdulillah. Jom bawak family datang ramai ramai berbuka kat sini bulan Ramadan 2025 soon! Booking harga Early Bird, dapat promo best! Untunggg awak!!

Iftar CITARASA Nusantara

IFTAR CITARASA NUSANTARA

✨HARGA EARLY BIRDS:
RM75.00/Pax (Dewasa) Untuk 500 Voucher terawal!
Harga Normal Buffet:
Dewasa- RM89
Kanak kanak bawah 13 tahun- RM59
✨PERCUMA!
Untuk kanak kanak 4 tahun kebawah
Warga Emas:
RM69

Violin
Merdua alunan violin
Lepastu, ada Special Weekend Show tau! Yes, nikmati persembahan Bakat Cilik& Remaja dari Lensa Studio setiap kali weekend! Jujur cakap, persembahan dari bakat ni semua sungguh menghiburkan! Ada persembahan violin, tarian Zapin Dan Nyanyian! Nona Dan mak memang suka nengok! Hehe..
AND lepas je korang settle makan makan, jangan lupa kongsikan foto anda dan Berikan 5 Bintang di GOOGLE REVIEW FBI BAYU EVENT HALL* Untuk memenangi 20 hadiah menarik yang akan di berikan sebelum Hari Raya!!! Beserta Hashtag # (#iftarfbibayu). Wow! Menarik!

ANTARA HADIAH ISTIMEWA LUCKY DRAW :
Kepingan Emas GOLD BAR PUBLIC GOLD 0.25 gram (EMAS 999.9/24k) Tajaan Public Gold.

For Booking/Reservation :
Ms Maryana - 018-7889905
Ms Illa- 017-7560283
Ms Ita - 018-7666037
Mr Nas- 017-7794172

Lokasi
FBI BAYU EVENT HALL
NO 1, JALAN BAYU PUTERI 2/1, TAMAN BAYU PUTERI, 80150 JOHOR BAHRU

Info Tambahan:-

✅SURAU DI LEVEL 9
✅PARKING PERCUMA


Post a Comment

1 Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .