IFTAR 2025 DENGAN BUFFET MURAH: IFTAR CITARASA NUSANTARA, FBI BAYU EVENT HALL, JB || Orang sekitar Pasir Gudang mencari cari buffet Ramadan 2025 yang murah tapi ada pelbagai jenis lauk pauk? Nak kambing bako jugak? Ada! Juadahnya simple (menu dari Malaysia dan Indonesia) tapi mencukupi dan sesuai dengan harga. Murah pun murah! Lagi berbaloi kalau korang beli harga Early Bird, lebih jimat gituh! Lauk istimewa yang korang kena try ialah Kambing Bakar, Serawa Durian, dan Gulai Daging Resipi Bonda.
Selain itu, Juadah lain ialah Udang Masak Butter, Ayam Masak Merah, Paru Belado, Laksa Johor, Gado-Gado, Bubur Lambuk, Goreng-Gorengan, Aneka Kuih Muih, Desserts seperti Aiskrim dan lain-lain! Nasi? Fuh, bukan sejenis sahaja. Ada nasi tomato dan jagung jugak! Kiranya sesuai untuk semua golongan sama ada dewasa mahupun kanak-kanak. Harga marhaen je.. Takkan tidak, kan?!




2 Comments
meriah lauk pauknya sis
ReplyDeletefuhhhh kambing bakarrrrrrr!
ReplyDeleteThank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.
Happy Blogging .