Raikan Makan Malam Bersama Dapur Sambal || Dapur Sambal. Sedap nama tempat baru ni. Jomlah sama sama kita raikan Makan Malam Bersama Dapur Sambal! Ramadan ini, Nona nak ajak you guys beriftar sambil beramal. Apa maksud Nona dengan ayat beriftar sambil beramal? Haa, tahu tak, setiap Pembelian voucher Bufet makanan di Dapur Sambal ini, sebahagian jualan akan diserahkan kepada Celebral Palsy Johor (CPJ). Ini dikira sebagai kita menyokong Dan turut membantu Kanak Kanak Cerebral Palsy. Bagus kan? Makan dapat, pahala pun dapat. InshaAllah.
Nona first time jejak kaki ke Dapur Sambal. Baru tahu tempatnya. Aman je surrounding kat sini sebelum Masuk ke dalam tempatnya. Cantik dekorasi untuk Ramadan kalin! Ingatkan ada majlis kawen. Hehe.. Jom kita tengok pada menu menu yang Disajikan 🥰
Kemas tersusun Dan cantik dekorasi ya.
Antara menu yang ada:
Kambing Golek, Stesen Ikan Bakar, Seafood & Daging BBQ, Gulai Kambing, Sotong Masak Lemak, Rendang Tok, Daging Salai Cili Api, Aneka Kerabu, Aneka Kuih-muih Tradisional dan Moden, Aneka Ulam Ulaman hasil Tanaman Hidroponik Anak Anak CPJ, Asam Pedas, Laksa Johor dan banyakkkk lagi! 🤩
Sedikit Info Mengenai Kafe Dapur Sambal :
Dapur Sambal, sebuah kafe baru yang menjanjikan hidangan tempatan yang menyelerakan, pembukaan kafe ini turut melibatkan kerjasama dengan Cerebral Palsy Johor (CPJ), sebuah badan bukan kerajaan (NGO) yang komited dalam menyediakan sokongan dan bantuan kepada individu dengan cerebral palsy di negeri Johor.
Dengan konsep yang menggabungkan keenakan masakan tempatan dengan semangat memberi
kembali kepada masyarakat, Dapur Sambal bertekad untuk memperkenalkan menu yang menggamit selera, sambil menyokong golongan yang memerlukan. Kafe ini menawarkan pelbagai hidangan Malaysia yang menyelerakan, dengan penekanan khusus pada sambal sebagai bahan utama, yang memberi cita rasa pedas dan autentik.
Dapur Sambal turut memperkenalkan satu konsep unik di mana sebahagian daripada hasil jualan
mereka akan disalurkan kepada Cerebral Palsy Johor, untuk membantu menyediakan rawatan dan
sokongan kepada individu dengan cerebral palsy. Inisiatif ini bertujuan untuk meningkatkan
kesedaran masyarakat terhadap cabaran yang dihadapi oleh golongan ini, sambil memberi peluang kepada pelanggan untuk menyumbang melalui setiap hidangan yang mereka nikmati.
Menurut pengasas Dapur Sambal, Encik Victor Teh, "Kami amat berbesar hati untuk melancarkan
kafe ini dengan sokongan Cerebral Palsy Johor. Melalui inisiatif ini, kami ingin menggalakkan orang ramai untuk tidak hanya menikmati hidangan yang lazat, tetapi juga memberi makna yang lebih
besar kepada setiap pengalaman makan mereka dengan menyokong komuniti yang memerlukan.
Kami berharap kafe ini menjadi tempat yang bukan sahaja memenuhi selera, tetapi juga memberi
impak positif kepada masyarakat."
Kafe yang terletak di pinggir bandar Johor Bahru ini menyediakan tempat suasana santai dan mesra
keluarga, dengan reka bentuk moden dan konsep terbuka tetapi masih mengekalkan tinggalan
sejarah asal tapak awal Cerebral Palsy Johor, antaranya sebagai kawasan ternak lebah kelulut
(stingless honey bee) yang turut menggambarkan suasana tenang di kawasan bandar, pasti
mengundang para pelanggan untuk menikmati makanan sambil berinteraksi dengan rakan-rakan dan beluarga tercinta. Kafe ini turut menyediakan ruang acara (event space) untuk disewa bagi tujuan
mesyuarat, majlis resepsi perkahwinan, acara persendirian dan juga majlis-majlis lain.


Laksa Johor mesti ada!
Sedap lauk ni! Bertambah tambah daku Makan!
Dagingnya lembut, kuahnya sedap! Memang ngam!
Ulam ulaman
Bako bako stall. Ada sosej, Ayam Dan ikan!
Aneka Kuih Dan Desserts yang pelbagai.
Raikan Makan Malam Bersama Dapur Sambal
‼️PROMO EARLY BIRDS
(15 Jan - 20 Feb 2025)
RM118 nett (Dewasa)
RM58 nett (Kanak-kanak - 7 hingga 12 tahun)
✨ HARGA BIASA
(21 Feb - 27 Mac 2025)
RM138 nett (Dewasa)
RM69 nett (Kanak-kanak - 7 hingga 12 tahun)
✅Tarikh Mula Bufet Ramadan : 6 - 27 Mac 2025
✅Masa : 6.30PM - 10PM
✅Lokasi: Dapur Sambal Cafe CPJ, Jalan Mustaffa, Gertak Merah, JB
✅ Parking & Surau available
▶️ Untuk pertanyaan dan tempahan, sila hubungi:
En. Shazil +6017-818 1334
Mr. Thomas +6013-541 1338
0 Comments
Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.
Happy Blogging .