Apa Itu Hari Nuzul Al Quran || 17 Ramadan. Salam Nuzul Al-Quran buat semua umat Islam. Apa itu Hari Nuzul Al Quran? Nuzul Al-Quran merupakan salah satu peristiwa penting dalam Islam kerana ianya menandakan permulaan atau turunnya wahyu dari Allah iaitu Al-Quran kepada Nabi Muhammad SAW. Ianya diraikan sebagai tanda memperingati tarikh turunnya wahyu pertama kepada nabi Muhammad S.A.W.
Maksud 'Nuzul' ialah turun atau berpindah dari atas ke bawah. Tarikh peristiwa adalah pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Muhammad. Di mana? Di Gua Hira sewaktu Nabi Muhammad SA.w sedang beribadah kepadaNya.

Ayat Al Quran yang mula mula diturunkan kepada Nabi Muhammad S.A.W dengan melalui perantaraan (Malaikat Jibril) adalah surah Al Alaq. Jom Baca Surah Al Alaq. Ringkas dan padat maknanya.
Surah Al Alaq
Maksud surah Al-Alaq
Ianya membawa maksud segumpal darah, yang mana merujuk kepada maksud dalam ayat kedua surah ini adalah manusia dijadikan Allah dari segumpal darah.
Surah Al-Alaq juga menejelaskan bahawa Allah S.W.T menciptakan manusia dan memuliakannya dengan cara mengajar membaca, menulis serta memberinya ilmu pengetahuan.
Doa khas yang dibaca pada Hari Nuzul Al-Quran
"Ya Allah Rahmatilah kami dengan al-Quran, dan jadikanlah ia sebagai imam, cahaya, petunjuk, serta rahmat bagi kami". Aamin!
Sekian saja perkongsian pada harini. Selamat Menunaikan Ibadah pada bulan Ramadan.
0 Comments
Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.
Happy Blogging .