Buffet Ramadan Dapo Mokcik Kopi Pokcik

Buffet Ramadan Dapo Mokcik Kopi Pokcik

Buffet Ramadan Dapo Mokcik Kopi Pokcik ||  Nama yang unik bagiku! Membuat aku tercari cari siapakah mokcik, siapakah pokcik?? Adakah orangnya muda atau tua? Oh, tak tua mana pun.. Itu soalan masa memula kenal Cafe ni. Hehe.. Kalini Dapo Mokcik Kopi Pokcik keluarkan pulak buffet Ramadan 2025! Ehh, Mestilah try. Teringin Nasi Lemak Basmathi bersama sama Daging Palembang tu! Fuh, masa menulis ni pun terliur semula lahhh!

Lokasinya betul betul berhadapan dengan bangunan Majlis Bandaraya Iskandar Puteri, Skudai. Senang je nak jumpa, Dari tepi jalan dah Nampak. Cuma parking kena masuk ke kawasan belakang cafe Tau! Parking FREE ye! Menarik Kalini, korang boleh photoshoot Dan bergambar di studio Raya yang disediakan kat ruangan atas Kafe ni. Ada tetingkap bulat!!

Dapo Mokcik Kopi Pokcik

Can you see the price??! Ehhh..Murahhh! Sesiapa duduk Sekitar Skudai, lagi lah dekat nak datang ke sini. Boleh healing Dan chill chill je sambil Makan Dan minum kopi. Agituh!! 

Terdapat menu yang berubah ubah mengikut tarikh yang dijadualkan Dan ada jugak menu tetap setiap hari. Senang cakap, kepelbagaian lauk tu mesti ada tapi lauk utama seperti Nasi Lemak Dan Daging Palembang tu setiap hari confirm ada! Ah sedappp! Jangan risau!

Buffet Ramadan

Menu haritu Nona try Asam Pedas Ikan, Ayam Kicap Dan Sayur Campur. Then makanlah bersama sama menu tetap yang ada pada setiap hari seperti Nasi Lemak Basmathi (Dah berapa Kali aku ulang) bersama sama Daging Palembang, Mee Kari, Mantao Bun, Sate, Dan lain lain lagi. 

Buffet Ramadan

Mee Kari

Bagi aku, menu simple tapi sedap, kena dengan tekak Dan mengenyangkan itu cukup berbaloi dengan harga yang ditawarkan!!! Bawak satu family datang sini, tak rugi apa lah..Hehe..

Dapo Mokcik Kopi Pokcik

Snap ruangan atas Kafe. Haaa..ada jugak kerusi meja yang diatur. Tenang Dan damai berada dalam Kafe Dapo Mokcik Kopi Pokcik ni..hehe... 

Iftar 2025

Haaa, Inilah dia kepelbagaian menu yang Disajikan setiap hari. InshaAllah..

Lepas Makan berbuka, jomlah mengopi! Dah datang sini, rugi pulak kalau tak mengopi bagi mereka yang coffee lover..  Ya, kalau Korang berbuka kat sini, then bolehlah nikmati kopi Pokcik dengan hanya add on RM2 je. (Iced/Hot Latte pelbagai flavour). 

Aku amek flavour caramel, adik aku try Hazelnut! Nice! Segar mata nak drive balik ke rumah..Hehe..

Siap berbuka Dan solat Maghrib, korang bolehlah bergambar posing raya di "Senjakala Pop Up Studio Raya 2025" dengan harga hanya RM89 sahaja ye!

Kalau nak datang posing bergambar raya sahaja pun boleh! Gambar cantik! Tapi lagi bagus kalau Makan berbuka kat sana sebab ada Diskaun diberi bagi yang datang berbuka puasa kat Kafe Dapo Mokcik Kafe Pokcik. 

Haaa, Jom tengok!

Studio Raya

Senjakala Pop Up Studio Raya 2025

Cantik susun atur Dan dekorasinya. Boleh muat dalam empat, lima orang jugak. Hasil gambar pun cantik!! Teruja kami bila tengok gambar gambar selepas difotokan. Haha.. 

Keluarga

Suka gambar ni. Ya Allah, panjangkan usia emak Nona.. Aamin ya Rabb!

✅ Ruang gambar sesuai untuk keluarga kecil (2 dewasa 3 kanak kanak)
✅ Maksimum 15 minit/ sesi dengan unlimited photos with minor editing. 

✨▶️ Diskaun RM10, kalau korang berbuka kat Kafe Dapo Mokcik Kafe Pokcik ni!  

 

Harga Buffet Ramadan di Dapo Mokcik Kafe Pokcik: 


Dewasa: RM39
Kanak Kanak: RM19

HARGA SENJAKALA POP UP STUDIO RAYA 2025:

Tema: Modern-Rustic Theme
Harga: RM89  (Diskaun RM10 jika berbuka puasa di cafe ni!)

Contact Number:
Buffet Ramadan: 60187651844
Studio Raya: 60177479303

Alamat "Dapo Mokcik Kopi Pokcik"
56, Jalan Bertingkat Skudai, Kampung Skudai Baru, 81300 Johor Bahru, Johor.

Gambar lain kat Facebook Nona


Post a Comment

3 Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .