Nikmat Betul Berbuka Puasa dengan Set Iftar Ramadan Restoran Bara Stulang, Johor Bahru || Pernah dengar tentang Restoran Bara Stulang, Johor Bahru? Nona pernah nampak booth dorang kat Bazar Ramadan last year, tapi tahun ni Nona try berkunjung ke Restoran mereka di Stulang Laut, Johor. Hah! Jom Berbuka Puasa dengan 'Set Iftar Ramadan', Restoran Bara Stulang, JB. Ya, bukan buffet Ramadan tapi Set Iftar Ramadan yang Nona nak share harini.
Rasa la angin sepoi sepoi menyapa muka sebab Restoran Bara Stulang ni bebetul berhadapan laut. Syok la! Selera pun Bertambah tambah! Haha..
Ikan Bakar Kayu Arang.
Memang bebetul Bakar guna Arang Tau.Barulah Aroma dari Arang Sebenar!
Siakap Sambal Bara Style.
Ikan So Juicy! Sedap sangat lagi lagi dimakan bersama sambal Ikan Bakar ni! Umpphh terangkat beb! Puas Makan beramai ramai. Puas hati lah dengan set B yang aku try ni!
Harga Set Menu Iftar Ramadan
SET A (2 pax): RM119
SET B (4 pax): RM219
SET C (4 pax): RM349
SET D (6 pax): RM439
SET E (8 pax): RM699
Aku Makan tiga orang je. Amek terus set untuk 4 orang. Dalam set B aku punya ni, bukan ikan Bakar semata tapi Banyak lauk pauk lain seperti di bawah:
Set B Iftar Ramadan kat Bara Stulang, JB.
Set yang sesuai untuk empat orang makan. Ada apa dalam SET B ni?
Menu Dalam SET B (4pax)
Nasi Putih x4
Siakap Sambal Bakar Bara Style
Udang Salted Egg
Sotong Paprik
Lala Buttermilk
Tomyam Campur Merah
Kailan Ikan Masin
Dadar Bawang
Lepastu, add ON lauk lain yang takda dalam list menu tu pon boleh tapi harga dicaj lain setiap menu.
Iftar SPECIAL Add-On"
Ketam Nipah Lemak / Cili / 'Salted egg* RM 130 / set (2 Ekor)
Ketam Bunga Lemak / Cill / "Salted egg*: RM 45 /set (2 Ekor)
Siput Sedut Lemak / Sambal Yaammm RM 25 /set (500g)
Kerang/ Lala - Rebus / Sambal yamm / Sambal bakar. RM 25 / 1 set (500g)
Daging -Sup / Goreng kunyit / Masak merah RM 20/ hidang (Saiz M)
Ayam Sup / Goreng kunyit /"Buttermilk' RM 15/ hidang (Saiz M)
Sayur - Kailan / Kangkung / Chapchai RM 15/ hidang (Saiz M)
Telur - Dadar '0'/ Dadar bawang RM 5/ hidang (3 Biji)
² 86 lol lol 8 86
Sedapnyaaa weh! Lama tak Makan ketam?
Siput Sedut Sambal Yaaammm.
Rasanya sungguh mengancam! Pedas Pedas gituh! I like it!
APA YANG FREE??
FREE Flow Mini Buffet - Ada ulam-ulaman berserta sambal, bubur, buah-buahan dan sayur-sayuran
Berselera ada ulam ulaman camni! Kan?!
"Saya nak Tapau je boleh ke?"
Boleh ✅
Set Iftar Ramadan-Pakej Bawa Pulang (Take away)
✨ Set Adinda
✨ Set Kekanda
▶️ KENA ORDER SEBELUM JAM 5PM
Set Adinda
Set Kekanda
Sambal YAAAMMM
Oo.. Inilah dia sambal Yaaammm! Resepi Siput Sedut tu, dorang Masak dengan sambal Yaaammm ni, terus sedapp rasanya! Jatuh cintaaaa saiyaaa! So Nona beli lah satu botol try! Hehe..
Inilah harga harganya. Lagi dua set (Set D& E) boleh refer gambar kat Facebook saya 💓
Menu Ala Carte
Menu Ala Carte disediakan selepas jam 9 PM
Kemudahan yang Disediakan
Surau ✅
Toilet ✅
Nona Review Selepas Makan
Sedap? Ya, sedap! Lagi lagi ikan bakar tu didatangkan bersama kuah special resepi Bara Style gituh! And Nona ada try jugak menu add on iaitu Siput Sedut Sambal Yamm dan Ketam Salted Egg dorang.. Perghhh.. Padu perginyaaa! Pekat, likat, secukup rasa, teringin repeat lagi ahh!!! Menu lain seperti Tom Yam dan sayur kailan, secukup rasa lah seperti biasa. Tak terlalu pekat tapi berasa.
Ok, Bila nak pergi IFTAR DENGAN IKAN BAKAR KAYU ARANG?? Hehe..
Info Lanjut Set Iftar Ramadan Restoran Bara Stulang, JB
Tempat: Restoran Bara Stulang Johor Bahru
Tarikh: Start 2 Ramadan dan ke atas
Masa: Jam 6PM-8PM
Hubungi: 0164020350 ATAU
0 Comments
Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.
Happy Blogging .