Fuh, kitaorang terpegun melihat interior design GEO Resort & Hotel waktu pertama Kali menjejakkan kaki ke sini! Cantiknya! And also the staff pun ramah serta membantu. Kita dahlah Dari jauh jauh, Mestilah nak layanan yang baik baik Dari pihak hotel. Kan.. Hehe.. Ok, jom check in rest kan badan!
Deluxe Room
Terdapat dua katil Super Single di situ. Luas, kemas dan bersih biliknya. Takda bau kepam atau hapak. I like it!
Kemudahan di Dalam Bilik Hotel
1. Rak untuk Sangkut Baju berserta Penyangkut Baju
2. Iron board Dan Iron
3. Selipar Hotel
4. Baju Towel
5. Peti Ais
6. Televisyen
7. Wi-Fi FREE
8. Meja Work Station & Kerusi Rehat
9. Kettle berserta Cawan Dan lain lain
10. Towel Mandi
11. Pengering Rambut
12. Barang Mandian
13. Bakul untuk Letak Baju Kotor
14. Telefon
15. Plastik Baju Kotor
Besar ye saiz katil. Rasa berkualiti tilamnya. View kat luar pun cantik! Terus nampak view Top Hill tu berserta kabus kabus kesejukan. Aaaa.. syok healing kat tempat Sejuk Sejuk camni.. Tidur pun lena je sampai pagi. Suasana tenang menyelubungi tempat ni.
Wah, bolehlah mengeteh! Di bawah rak ni ada peti ais! Nice kan! Dalam tempat sejuk sejuk gini aku pikir takdak la petis ais tapi silap dik...Tetap ada peti ais! Hehe..
Complete set. Tersenyum ceria tengok iron board Dan iron dalam bilik. Tak perlu keluar bilik ataupun mintak kat room services. Memudahkan kami!
Toilet pun best! Bersih! Siap ada tempat duduk kat shower tu..Nikmat lah! Ada jugak telefon dalam toilet tau. And first time aku pergi hotel gini, tersedia bakul untuk baju kotor! Mantap!
Segala keperluan toiletries disediakan seperti sabun mandi, berus Gigi berserta ubat gigi, shampoo, Dan lain lain. Pengering rambut pun ada. Tak perlulah bawak lagi Dari rumah. Gambar lain Nona letak kat Facebook Nona.
Inilah diaaa Top Hill view tu! Nice, kan?! Nampak kepulan wap Sejuk tu. Love this view depan mata sendiri 🥰 Damai dan tenang jiwaku..

My western breakfast yang superb di pagi hari. Adik cakap, nyesal tak turun seawal jam 7 pagi 😂 Sebab makanan memang sedap belaka Dan banyak pulak tu. Sesuai untuk semua golongan sebab ada western and Asian Menu. Jenis kami pulak, nak try semua and mana yang sedap, kena repeat! Kahh! Nasi Lemak bersama sama sambal telur, sotong dan lain lain kuah, lepastu pekena roti canai, waffle, Hash brown Dan macam macam lagi! Kena dengan tekak saya!! Kenyang sungguh sampai ke tengahari! Next entri Nona cerita ringkas pasal breakfast pagi tu ye! Boleh tengok Facebook Nona gambar lain tau!
Muka pagi sangat ek 😆
Settle breakfast, jom terjun kolam yang berada betul betul tepi Kafe port breakfast pagi tu! Yup, ada jugak kolam renang di tempat yang Sejuk berkabus camni. Takku sangka. Luas pulak tu kolamnya! I love this one lah! Suhu air dah disesuaikan dengan cuaca Sekitar sini so kita mandi pun takda lah menggigil kesejukan nau nau... Hehe.. Mandi, berenang Dan berendam je Macam biasa.. Hampir 45 minit jugak kami Bersantai kat pool ni ek! Healing kan~ Best, memang syok bawak bebudak datang sini!
Me and my sister love to be here! We want come again untuk cuti lain hari. InshaAllah. Lepastu naik atas Top Hill tu, pelbagai aktiviti lagi boleh dibuat. Ngam! Lebih kurang 10 minit nak ke Top Hill tu cuma jangan terlepas simpang. Haha. Boleh Google ada apa kat Top Hill tu, antaranya seperti Genting Premium Outlet (GPO) Dan Taman Tema permainan. Serious, happy Dan enjoy percutian bila pilih hotel yang selesa camni! Balik Dari percutian, terasa energy tu dah berkumpul semula. Tak lemau! Semangat untuk teruskan kehidupan. Healing was done! Rupanya i need this simple but memorable staycation lah ❤️
Lokasi GEO Resort & Hotel
Jalan Permai 2, Genting Permai Avenue, 69000 Genting Highlands, Pahang
Sosial Media GEO Resort & Hotel
Contact for Question or Reservation
What's App:
+60 19-212 2838
Email
reservation@georesort.my
Notahati: Ada rezeki, datang lagi with kesayangan yang lain pula..
8 Comments
Wah.. Terima kasih... Memang dok cadang2 nak staycation GH nie...
ReplyDeleteAlhamdulillah..Semoga dipermudahkan urusanmu ye...
DeletePanjat genting naik kereta kebel best
ReplyDeleteBetul tu, Wak..Setuju!
DeleteBelum pernah. Hanya sampai kat Cameron.
ReplyDeleteOo..saya first time ni naik Genting..Alhamdulillah..Best
DeleteCantik, bersih, kemas dan luas biliknya. Permandangan pun nice sangat. Lama betul tak pergi Genting ni. Bolehlah cuba-cuba stay sini kan.
ReplyDeleteYe betul tu kak Fiza.. Nice semuanya kat sini Tau.. Bolehh Cuba Cuba... Sesekali merasa gitu.. Bila lagi..hukhuk..
DeleteThank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.
Happy Blogging .