Staycation Dua Hari Satu Malam di GEO Resort & Hotel, Genting Highlands

Staycation Dua Hari Satu Malam di GEO Resort & Hotel, Genting Highlands

Staycation Dua Hari Satu Malam di GEO Resort & Hotel, Genting Highlands || Pernah pergi Genting Highlands? Nona pernah and this is my first time jejakkan kaki ke Genting Highlands! Disebabkan ini Kali pertama healing ke Genting, Nona pilih untuk stay di hotel yang bersih, luas Dan banyak kemudahan untuk keselesaan dan kenang kenangan! Tapi dengan harga yang sesuai dengan kualiti la.. Ya, ke sinilah kami, GEO Resort & Hotel, Genting Highlands, Pahang.

Fuh, kitaorang terpegun melihat interior design GEO Resort & Hotel waktu pertama Kali menjejakkan kaki ke sini! Cantiknya! And also the staff pun ramah serta membantu. Kita dahlah Dari jauh jauh, Mestilah nak layanan yang baik baik Dari pihak hotel. Kan.. Hehe.. Ok, jom check in rest kan badan!

GEO Resort & Hotel

Deluxe Room
Terdapat dua katil Super Single di situ. Luas, kemas dan bersih biliknya. Takda bau kepam atau hapak. I like it!

Kemudahan di Dalam Bilik Hotel

1. Rak untuk Sangkut Baju berserta Penyangkut Baju
2. Iron board Dan Iron
3. Selipar Hotel
4. Baju Towel 
5. Peti Ais
6. Televisyen
7. Wi-Fi FREE
8. Meja Work Station & Kerusi Rehat
9. Kettle berserta Cawan Dan lain lain
10. Towel Mandi
11. Pengering Rambut
12. Barang Mandian
13. Bakul untuk Letak Baju Kotor
14. Telefon
15. Plastik Baju Kotor

genting highlands

Besar ye saiz katil. Rasa berkualiti tilamnya. View kat luar pun cantik! Terus nampak view Top Hill tu berserta kabus kabus kesejukan. Aaaa.. syok healing kat tempat Sejuk Sejuk camni.. Tidur pun lena je sampai pagi. Suasana tenang menyelubungi tempat ni.

GEO Resort & Hotel

Wah, bolehlah mengeteh! Di bawah rak ni ada peti ais! Nice kan! Dalam tempat sejuk sejuk gini aku pikir takdak la petis ais tapi silap dik...Tetap ada peti ais! Hehe..

Genting Highlands

Complete set. Tersenyum ceria tengok iron board Dan iron dalam bilik. Tak perlu keluar bilik ataupun mintak kat room services. Memudahkan kami! 

GEO Resort & Hotel

Toilet pun best! Bersih! Siap ada tempat duduk kat shower tu..Nikmat lah! Ada jugak telefon dalam toilet tau. And first time aku pergi hotel gini, tersedia bakul untuk baju kotor! Mantap!

Keperluan Mandi

Segala keperluan toiletries disediakan seperti sabun mandi, berus Gigi berserta ubat gigi, shampoo, Dan lain lain. Pengering rambut pun ada. Tak perlulah bawak lagi Dari rumah. Gambar lain Nona letak kat Facebook Nona.

Top Hill View

Inilah diaaa Top Hill view tu! Nice, kan?! Nampak kepulan wap Sejuk tu. Love this view depan mata sendiri 🥰 Damai dan tenang jiwaku..

BREAKFAST

My western breakfast yang superb di pagi hari. Adik cakap, nyesal tak turun seawal jam 7 pagi 😂 Sebab makanan memang sedap belaka Dan banyak pulak tu. Sesuai untuk semua golongan sebab ada western and Asian Menu. Jenis kami pulak, nak try semua and mana yang sedap, kena repeat! Kahh! Nasi Lemak bersama sama sambal telur, sotong dan lain lain kuah, lepastu pekena roti canai, waffle, Hash brown Dan macam macam lagi! Kena dengan tekak saya!! Kenyang sungguh sampai ke tengahari! Next entri Nona cerita ringkas pasal breakfast pagi tu ye! Boleh tengok Facebook Nona gambar lain tau!

holiday
Muka pagi sangat ek 😆

pool

Settle breakfast, jom terjun kolam yang berada betul betul tepi Kafe port breakfast pagi tu! Yup, ada jugak kolam renang di tempat yang Sejuk berkabus camni. Takku sangka. Luas pulak tu kolamnya! I love this one lah! Suhu air dah disesuaikan dengan cuaca Sekitar sini so kita mandi pun takda lah menggigil kesejukan nau nau... Hehe.. Mandi, berenang Dan berendam je Macam biasa.. Hampir 45 minit jugak kami Bersantai kat pool ni ek! Healing kan~ Best, memang syok bawak bebudak datang sini!

GEO Resort & Hotel

Me and my sister love to be here! We want come again untuk cuti lain hari. InshaAllah. Lepastu naik atas Top Hill tu, pelbagai aktiviti lagi boleh dibuat. Ngam! Lebih kurang 10 minit nak ke Top Hill tu cuma jangan terlepas simpang. Haha. Boleh Google ada apa kat Top Hill tu, antaranya seperti Genting Premium Outlet (GPO) Dan Taman Tema permainan. Serious, happy Dan enjoy percutian bila pilih hotel yang selesa camni! Balik Dari percutian, terasa energy tu dah berkumpul semula. Tak lemau! Semangat untuk teruskan kehidupan. Healing was done! Rupanya i need this simple but memorable staycation lah ❤️

Lokasi GEO Resort  & Hotel


Jalan Permai 2, Genting Permai Avenue, 69000 Genting Highlands, Pahang

Sosial Media GEO Resort & Hotel



Contact for Question or Reservation

What's App: 
+60 19-212 2838

Email
reservation@georesort.my



Notahati: Ada rezeki, datang lagi with kesayangan yang lain pula..  





Post a Comment

8 Comments

  1. Wah.. Terima kasih... Memang dok cadang2 nak staycation GH nie...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah..Semoga dipermudahkan urusanmu ye...

      Delete
  2. Panjat genting naik kereta kebel best

    ReplyDelete
  3. Belum pernah. Hanya sampai kat Cameron.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oo..saya first time ni naik Genting..Alhamdulillah..Best

      Delete
  4. Cantik, bersih, kemas dan luas biliknya. Permandangan pun nice sangat. Lama betul tak pergi Genting ni. Bolehlah cuba-cuba stay sini kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye betul tu kak Fiza.. Nice semuanya kat sini Tau.. Bolehh Cuba Cuba... Sesekali merasa gitu.. Bila lagi..hukhuk..

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .